Nov 18, 2024

Mudahnya Stimbot Di Rumah! Buat Sendiri Je Lagi Sedap dan Puas Makan


Kadang-kadang nak makan stimbot di kedai, besar juga kosnya kalau ramai. Boleh saja buat sendiri di rumah, pilih bahan-bahan yang kebanyakan ahli keluarga suka makan, insya Allah lebih sedap dan puas makan.

Kali ni, Sis sediakan antaranya kubis panjang, sawi pakchoi, tauhu keping, sosej.



Termasuklah segala bebola, telur dan mi segera yang kosong tu. Kuahnya buat 2 jenis, tomyam oden dan sup ayam.

Mudah nak buat stimboat di rumah sebab ada set periuk macam ni. Memang ada 2 slot kuah, bolehlah buat 1 pedas dan 1 tak pedas.

Bahagian gril pun boleh diasingkan terus minyak ke satu bahagian kat tepi tu. Jadi hasil gril lebih sedap dan kurang berminyak.

Boleh dapatkan set periuk stimbot KAT SINI (to be updated). Pilih je nak jenis yang macam mana, ikut kesesuaian dan ruang yang ada.




Mi segera tu memang wajiblah ada. Nak letak yee mi, bihun, suun pun boleh. Kita buat dia, kan. Terpulang nak makan apa. Untuk kuah:

Kuah tomyam/oden: guna pes je. Takde pes, boleh letak kiub tomyam.

Kuah sup: guna kiub ayam, tambah garam dan lada sulah sikit.


Ni menu sampingan. Cendawan kelabu goreng crispy, guna tepung goreng serbaguna. Sedap betul cecah dengan sos Thai. Tip nak crispy, goreng dalam minyak yang panas dan tenggelam. Sekali goreng jangan banyak sangat, nanti cendawan serap minyak jadi lembik. Bancuh tepung ikut arahan kat peket je. Makan panas-panas lepas goreng. Laju anak-anak makan!

Selamat mencuba!


**************************************************************



Kalau anda tengah tercari-cari idea nak mula bisnes tapi tak tahu nak jual produk apa, mungkin tepung premix adalah pilihan yang sesuai! 

Dengan tepung premix, anda boleh hasilkan pelbagai jenis produk seperti kek, roti, atau kuih-muih, yang mudah dijual dan selalu ada permintaan.

Tak perlu risau tentang modal besar atau pengalaman – ebook Bisnes Tepung Premix akan tunjuk kepada anda dari awal hingga akhir, termasuk resipi pun diberi sekali!

Ini peluang untuk anda mulakan bisnes dengan produk yang mudah dan berpotensi tinggi!

Nak tahu lebih lanjut? KLIK SINI! 


Nov 17, 2024

Kari Ayam Lebur Pressure Cooker Manual (Guna Dapur Gas)


Resipi ni guna pressure cooker manual yang guna dapur gas. Mudah saja, tak banyak setting.

Bahan-bahan pun sama je macam kari ayam biasa, bezanya menu ni lebih cepat siap dan ayam jadi sangat empuk dalam masa singkat.


Resipi Kari Ayam Lebur

Bahan-bahan:

1 ekor ayam, dipotong 12 
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
2 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari daging/ayam
2 biji kentang, dibelah dua
1 biji tomato, dibelah dua
2 keping asam keping
1 sudu besar serbuk cili (jika nak pedas)
2 biji cili hijau, dibelah tengah jangan putus
1 senduk minyak masak
Garam, serbuk perasa
Air

Cara masak:

1. Masukkan semua bahan kecuali garam dan serbuk perasa ke dalam pressure cooker.

2. Tambah air hingga separas ayam atau lebih sikit saja.

3. Tutup cooker dengan rapat dan betul.

4. Biar masak hingga keluar stim (berbunyi).

5. Set masa dari masa keluar stim tu selama 10 minit (ayam biasa) atau 20 minit (ayam pencen/kampung). 

6. Tutup api. Keluarkan stim sampai habis dengan sendal tombol stim dengan senduk kayu untuk lebih cepat. Atau boleh tinggal dulu, sebelum nak buka penutup, test tombol ada keluar stim lagi tak.

7. Kalau dah habis stim keluar, boleh pusing penutup dan buka perlahan-lahan. 

8. Boleh tambah garam dan perasa.

*Kari ini versi tanpa santan. Kalau nak masukkan, boleh letak santan krim 1/2 kotak.

*Ayam mudah hancur masak cara ini. Jadi boleh juga ayam dipotong empat supaya tak terlalu hancur.

 Ikut kesukaan. Selamat mencuba!


************************************************************


Kalau anda tengah tercari-cari idea nak mula bisnes tapi tak tahu nak jual produk apa, mungkin tepung premix adalah pilihan yang sesuai! 

Dengan tepung premix, anda boleh hasilkan pelbagai jenis produk seperti kek, roti, atau kuih-muih, yang mudah dijual dan selalu ada permintaan.

Tak perlu risau tentang modal besar atau pengalaman – ebook Bisnes Tepung Premix akan tunjuk kepada anda dari awal hingga akhir, termasuk resipi pun diberi sekali!

Ini peluang untuk anda mulakan bisnes dengan produk yang mudah dan berpotensi tinggi!





Nak tahu lebih lanjut? KLIK SINI!