Tahu tak masakan ini boleh juga menggunakan daun kemangi untuk memberi aroma yang harum?
Pertama kali Kak Hif masak asam pedas letak daun kemangi selepas disarankan oleh akak penjual sayur. Nak beli daun kesum tapi habis. Katanya guna daun ini pun boleh, sedap juga.
Kak Hif pun cuba. Letak sikit saja, beberapa helai daun bahagian atas, yang muda. Tak berani letak banyak takut rasanya tak kena tekak pula.
Kalau korang nak cuba, boleh tengok resipi berikut.
ASAM PEDAS DAGING DAUN KEMANGI
Bahan-bahan:
Daging lembu, ~ 500 g, direbus dan dipotong
Cili kisar, 1 1/2 senduk
Bawang merah, 5 biji
Bawang putih, 3 ulas
Kunyit hidup, 2 cm
Serbuk halia, 1/2 sudu kecil atau guna halia batang 1 cm
Belacan bakar, 1 sudu kecil
Bumbu kuning Sambaleena, 2 sudu besar
Serai, 1 batang, diketuk
Bunga kantan, 1 kuntum, dibelah dua
Daun kemangi, 6-8 helai, ikut suka
Tomato, 1 biji, belah empat
Air rebusan daging, ikut suka nak pekat atau cair
Pes atau air asam jawa, ikut suka
Garam, gula, perasa
Cara membuat:
1. Kisar semua bawang dengan cili, bumbu kuning dan belacan.
2. Tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan daging dan daging. Tambah asam jawa, garam, gula, perasa, bunga kantan.
4. Masak hingga mendidih dan daging empuk. Tambah tomato dan daun kemangi.
5. Sedia dihidang.
--------------
Set Bumbu Sambaleena
BUMBU PUTIH
Ramuan: bawang merah, bawang putih, minyak, garam dan rempah-rempah terpilih.
Cadangan hidangan: Aneka sup, singgang, nasi goreng cina, tumisan sayur.
BUMBU KUNING
Ramuan: bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas, halia, minyak, garam, rempah-rempah terpilih.
Cadangan hidangan: Pindang, rendang, perapan goreng/bakar, goreng kunyit, masak lemak, gulai.
BUMBU HIJAU
Ramuan: cili padi hijau, cili hijau, bawang merah, bawang putih, minyak, garam.
Cadangan hidangan: nasi goreng kampung, ikan sardin sambal cili padi, kangkung goreng belacan, masak lemak cili padi.
*Semua bumbu hanya perlu 1-2 sudu besar sahaja untuk sekali masak kerana bumbunya pekat.
SET BUMBU SAMBALEENA
Memudahkan kerja memasak. Menjimat masa dan tenaga. Yang penting, sedap!
Follow Facebook: Menu Lazat, Ringkas dan Pantas
Follow Instagram: @hif.foods
Follow Twitter: @menulazat
No comments:
Post a Comment