Jul 10, 2023

Cara Masak Rendang Telur dan Tempe Guna Pes Rendang Adabi, Tak Payah Kisar Bahan


Pernah tak makan rendang telur atau rendang tempe?

Jarang dengar kan?

Tapi, bila dah siap tu sedap jugaaaa





Sis cuba masak sebab nak makan rendang, tapi taknak makan rendang daging atau ayam. Jadi hasben cadangkan guna telur rebus. Sis sengaja tambah tempe bagi nampak banyak hehe

Nak senang dan cepat, yang pasti sedap, Sis guna pes Perencah Rendang Adabi je.

Setakat ni, kalau nak buat rendang, memang Sis akan cari pes Adabi ni. Sebab dah tak payah tambah banyak bahan lain dah. Ada lagi brand lain, jenis serbuk rempah tapi Sis tak pernah cuba. 


Gambar: Website Adabi

Nak masak hari tu, merata cari. Kat pasar takde. Nasib baik jumpa kat Marjan Halal Mart. Sis ambik terus 2 peket dengan gumbiraaaaa

Ini penerangan pes rendang yang Sis ambil daripada web Adabi:

Perencah Rendang Adabi adalah produk yang mempunyai rasa keenakan masakan Rendang tradisi dengan aroma rempah yang wangi. 

Sesuai dimasak dengan ayam, daging atau kambing. 

120g sesuai dimasak dengan 300g daging. 

Tip: Sebagai penambah rasa sajian ini, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

Hanya sediakan bahan protein (lauk), santan, daun kunyit dan daun limau purut saja. Perasa-perasa lain pada Sis dah okey, kalau ikut sukatannya. Tapi terpulanglah selera masing-masing.


Resipi Rendang Telur dan Tempe

Bahan-bahan:

Telur, direbus dan dikupas kulit
Tempe, digoreng separuh masak 
Pes Perencah Rendang Adabi, 1 peket
Santan, 4 cawan
Daun limau purut, disiat-siat
Daun kunyit, dihiris 

Cara masak:

1. Masukkan pes rendang dan santan dalam periuk. Kacau sebati. Buka api sederhana. Tambah air kalau perlu.

2. Masak sampai pecah minyak. Masukkan telur rebus, tempe, daun limau dan daun kunyit. Gaul rata.

3. Sedia dihidang.


Kalau ikut arahan pada peket tu, insya-Allah menjadi dan sedap. Pastikan api sederhana-kecil sahaja. Kacau selalu.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment