GULAI AYAM UTARA
Bahan-bahan:
Ayam Bismi (potong 9), 1 peket
Rempah gulai ayam & daging Cap O, 3-4 sudu besar
Bawang besar, 1 biji (1/2 ditumbuk, 1/2 dimayang)
Bawang putih, 2 ulas, ditumbuk
Rempah empat sekawan
Cili hijau, 1 biji dibelah dua
Tomato ceri, 4 biji
Pes asam jawa Adabi, 1 sudu kecil
Santan, 1/2 cawan
Daun kari, 2 tangkai
Cara membuat:
1. Bilas ayam Bismi, toskan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis rempah empat sekawan, bawang besar mayang, daun kari hingga wangi.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih tumbuk, serbuk gulai dan sedikit air.
4. Kacau-kacau supaya rempah tak hangit, tambah air sikit demi sikit sampai pecah minyak.
5. Masukkan ayam dan air separas ayam saja. Tutup kuali 5 minit.
6. Gaul-gaul ayam supaya sebati dengan kuah. Boleh tambah air lagi kalau nak berkuah.
7. Kecilkan api, tambah santan. Masukkan garam, perasa. Gula melaka boleh masukkan kalau perlu sebab rempah gulai ni agak pedas. Kalau suka pedas, tak payah masuk gula.
8. Masukkan cili hijau dan tomato. Dah mendidih, sedia dihidang.
Gulai ayam citarasa Utara ni sedap dimakan dengan nasi minyak dan acar timun. Nak cecah nasi impit, ketupat atau lemang pun sedap.
No comments:
Post a Comment