MEGI GORENG HOMEMADE
Bahan-bahan:
Mi kering segera Vit's, 10 keping
Bawang putih, 5 ulas, dicencang
Serbuk bawang merah*
Saus manis ABC*
Kicap lemak manis Cap Tamin*
Serbuk lada putih*
Telur, digoreng hancur
Bawang goreng
Bahan-bahan * masukkan secukupnya mengikut citarasa masing-masing.
Cara Membuat:
1. Panaskan air. Celur mi kering hingga lembut. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga wangi dan hampir garing.
3. Dalam mangkuk besar, masukkan minyak bawang putih, dan semua bahan lain kecuali telur.
4. Gaul hingga rata (kicap dan bahan lain sekata dengan mi).
5. Tabur telur hancur dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment