Feb 9, 2024

Menu Air Fryer: Roti Tanpa Uli (Ala Focaccia)

Roti Tanpa Uli (Ala Focaccia)

Kredit resipi: TikTok Dya Shazzy
Kredit gambar: gimmesomeoven




Bahan-bahan:

1 + 1/4 cawan tepung roti/tepung tinggi protein
1 cawan air suam
1/2 sudu kecil (membukit) yis segera
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil minyak/minyak zaitun/mentega cair
1/2 sudu kecil garam


Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan dan rehatkan selama 15 minit.
2. Tarik dan lipat doh 4 penjuru, rehat lagi 15 minit.
3. Tarik dan lipat doh 4 penjuru lagi, rehat lagi 15 minit.
4. Letak kertas dalam air fryer, sapu minyak sikit.
5. Tarik dan lipat doh 4 penjuru lagi sekali, pindahkan doh ke dalam air fryer yang dilapik kertas. Rehatkan lagi 15 minit (JANGAN ON AIR FRYER DULU).
6. Dah cukup 15 minit, letak minyak sikit lagi dan cucuk-cucuk/tekan-tekan doh bagi keluar gelembung.  
7. Boleh bakar terus kalau nak roti plain. Suhu 200'C, 20 minit.

Kalau nak letak topping:

1. Serbuk kayu manis, gula perang, hirisan pisang
2. Sambal/minyak cili
3. Keju (bakar plain dulu, keluarkan dan tabur keju, bakar lagi 5 minit)


Untuk lebih jelas tekniknya, rujuk video >> Roti Tanpa Uli Guna Air Fryer


Idea mula bisnes roti dan bakeri di rumah. Dapatkan panduannya di sini >>>


No comments:

Post a Comment