Feb 20, 2024

Menu Ramadan: Puding Roti Air Fryer

RESIPI PUDING ROTI AIR FRYER




Bahan-bahan:

Roti, 4 keping
Susu segar, 1 cawan
Gula kastor, 1/2 cawan
Telur, 2 biji*
Esen vanila, 1 sudu teh*
Mentega, 2 sudu makan
Kismis hitam, 1/2 cawan
Mangkuk aluminium kecil

Cara membuat:

1. Telur dan esen vanila dipukul sebati.
2. Roti dikoyakkan dan dimasukkan ke dalam mangkuk besar.
3. Susu dan gula dikacau sebati dan dituang ke dalam mangkuk berisi roti. Kacau rata.
4. Sapu mentega dalam mangkuk aluminium kecil dan isikan adunan roti ke dalamnya. Taburkan kismis di atasnya.
5. Panaskan air fryer pada suhu 140C selama 3 minit.
6. Masukkan mangkuk aluminium dan bakar selama 30 minit.
7. Keluarkan dan sedia dihidang.

Resipi daripada buku 77 Resipi Istimewa Air Fryer. Harga sebuah RM25 tak termasuk pos. 

Boleh KLIK SINI untuk order buku.




Idea mula bisnes bakeri di rumah. Dapatkan panduannya di sini >>> 

No comments:

Post a Comment