May 6, 2024

Idea Bekal Sekolah: Megi Goreng ala Indomie, Ayam Goreng Crispy, Dim Sum

Idea bekal anak sekolah atau ke pejabat

Megi goreng ala Indomie
Ayam goreng crispy
Dim sum


Resipi Megi Goreng ala Indomie

Bahan-bahan:

3 keping megi kering (mi segera kosong)
Kicap ala Korea jenama Mahsuri
Kicap lemak manis jenama Jalen
Lada sulah
Perencah Hilal
Daun bawang
Bawang goreng
Minyak bijan

Cara:

1. Celur mi kering, angkat dan toskan.
2. Dalam mangkuk besar, letakkan kicap Korea (2-3 sudu besar), lada sulah, perencah Hilal, daun bawang. Masukkan mi yang dah dicelur.
3. Gaul rata-rata bagi semua rencah bersalut pada mi. Tambah kicap Jalen. Gaul lagi bagi sekata.
4. Tabur bawang goreng dan titiskan minyak bijan. Siap.

*Garam tak letak sebab kicap dah masin.

*Kicap Korea ada perisa bawang putih. Kalau tak ada kicap Korea, boleh goreng bawang putih sampai garing dulu atau guna minyak bawang putih dan gaul dengan mi.


Ayam Goreng Crispy

Bahan:

3 ketul ayam goreng crispy perisa original jenama Ayam Bismi (sejuk beku) - tak perlu defrost

Cara:

1. Alas basket air fryer dengan kertas minyak.
2. Susun ayam dalam basket.
3. Set air fryer 200'C, 10 minit. 
4. Terbalikkan ayam. Sambung masak 5-10 minit lagi, bergantung kepada keadaan ayam. Kalau masih lembik dan tak garing, 10 minit. Kalau dah separuh masak, 5 minit. Bergantung kepada jenis air fryer masing-masing.


Dim Sum

Beli dim sum sejuk beku. Didihkan air. Kukus dim sum selama 5-6 minit. Cecah dengan sos pencicah atau sos Thai.



Idea mula bisnes bakeri di rumah. Dapatkan panduannya di sini >>>


No comments:

Post a Comment