Idea bekal anak sekolah.
Bahan-bahan:
Roti putih Gardenia, 5 keping
Telur ayam kampung, 3 biji
1/2 sudu besar Serbuk Perencah Hilal
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Sedikit mentega bawang putih (garlic butter)
Cara:
Pecahkan telur, kacau rata, masukkan serbuk perencah dan serbuk lada putih. Kacau bagi semua perasa mesra. Pastikan letak dalam pinggan atau besen supaya senang nak salut roti nanti.
Panaskan kuali leper, spray minyak sikit. Api sederhana-kecil saja tau untuk elak roti cepat hangit.
Ambil roti sekeping (tak payah buang kulit tepi), celupkan dalam telur kat dua-dua belah. Bagi semua bahagian kena telur.
Lepas tu terus letak dalam kuali. Nampak roti mengembang sikit, gerakkan dengan sudip, kalau dah boleh gerak tu maksudnya bahagian bawah dah masak. Boleh terbalikkan. Bila dah garing-garing tu dah boleh angkat dah letak dalam pinggan.
Ingat, api kena kecil je tau.
Nak letak roti kedua, spray lagi minyak tapi tak perlu banyak macam yang pertama tadi, lepas tu cepat-cepat celup roti dalam telur dan letak dalam kuali.
Roti telur pertama tadi, disapu mentega bawang putih kat dua-dua belah untuk rasa yang lebih umph.
Nak isi dalam bekal, ikutlah nak potong macam mana, ikut kesesuaian bentuk bekas.
Nuget Ayam Tempura
Bahan:
16 ketul nuget ayam tempura Nutriplus perisa asli
Cara:
Masukkan nuget dalam air fryer.
Set suhu 200'C untuk 10 minit (AF Phillips), setting ni sedang elok masak garing terus dua-dua belah nuget untuk 12 ketul, tanpa perlu terbalikkan. Tapi ni nuget yang dah defrost lah.
Kalau nuget beku, cuba guna 180'C, 10 minit juga untuk elak luar garing tapi dalam sejuk tak masak.
Yang penting alas dengan kertas lapik air fryer untuk elak melekat pada basket AF.
AF sangat membantu jimatkan minyak dan masa waktu pagi. Masa tengah goreng nuget tu, boleh buat hal lain.
Nak bawa sos, boleh letak sos dalam peket lebih mudah.
Mi Goreng Korean Fish Cake
Bahan-bahan:
1 peket mi kuning Numee, bilas dan tos (tak bilas pun tak apa)
4 keping Korean fish cake CB, hiris panjang
6 biji tomato ceri, belah dua
1 ketul kiub cili giling Sudee
Sedikit kicap lemak manis Mudim
Sedikit kicap lemak manis Jalen
1 sudu kecil pes bawang putih Cik Suri
2 sudu besar pes bawang merah kisar Bibik Ekspres
Daun seleri kering untuk hiasan
Cara:
Panaskan minyak. Masukkan pes bawang merah, tumis sampai garing. Masukkan pes bawang putih dan kiub cili giling. Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan mi, kacau bagi rata dengan tumisan cili. Masukkan kicap. Agak-agaklah nak hitam macam mana. Letak sikit-sikit dulu sebab kicap Mudim agak gelap warnanya tapi kurang masin. Kicap Jalen sedikit cair dan masin sikit. Kena adjust rasa dan warna ikut suka.
Boleh tambah air panas/suam sikit-sikit kalau nak mi basah dan lebih sedap. Satu lagi supaya semua tumisan dan rencah bergaul rata dan sekata dengan mi.
Masukkan fish cake dan tomato ceri. Gaul rata. Tabur bawang goreng sikit, dan daun seleri kering sikit untuk rasa dan aroma lebih sedap. Kalau suka tomato ceri mentah, letak masa nak packing. Dah siap.
*Kiub cili giling ni, 1 ketul = 1 sudu besar cili. Boleh guna kalau tak ada stok cili giling di rumah. Sangat membantu, nak simpan pun senang, dan tahan lama juga.
No comments:
Post a Comment