Menu sesuai untuk makan malam, untuk yang kalut baru balik kerja atau nak buat bekal - masak pagi-pagi, ha ini menu cepat, lazat, berkhasiat.
Sawi Masak Sos Tiram
Bahan-bahan:
1 ikat sawi
1 pek tofu telur
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
Secubit lada hitam
Cara masak:
1. Potong tofu telur, salut dengan tepung jagung.
2. Goreng hingga kekuningan.
3. Angkat dan toskan.
4. Tumis bawang putih hingga garing.
5. Masukkan batang sawi dan air (sikit je untuk kuah).
6. Masukkan sos tiram, garam dan lada hitam.
7. Masukkan daun sawi. Kacau hingga daun masak (jadi hijau gelap).
8. Masukkan tofu telur yang digoreng tadi.
9. Kacau-kacau sikit. Tutup api.
Saba Mackerel Gril
Bahan-bahan:
Ikan saba mackerel frozen (filet)
Garam secubit
Lada hitam secubit
Minyak 1 sudu kecil (optional)
Cara masak:
1. Ikan dinyahbeku dan dibilas kejap.
2. Lap ikan dengan tisu dapur. Gaul ikan dengan garam, lada hitam.
3. Panaskan non-stick pan.
4. Letak minyak, ratakan pada kuali.
5. Gril ikan. Letakkan kulit di bahagian bawah dulu supaya kulit garing.
6. Balik-balikkan ikan hingga masak.
7. Siap dihidang panas-panas.
Sekian menu ringkas hari ini 😋
======================================================
Rahsia Buat Duit Dari Rumah, dengan Tepung Premix!
Apa kelebihan menjual Tepung Premix ini?
👉Lebih Mudah dan Fleksibel
Tepung premix ini memudahkan pelanggan untuk menyediakan kuih pada bila-bila masa yang sesuai dengan mereka. Mereka boleh menyimpan tepung premix ini dan menggunakannya ketika perlu, ini menjadikan produk tepung premix sangat praktikal dan berguna dalam pelbagai situasi.
👉Keuntungan Yang Lebih Berbaloi
Kos untuk menghasilkan tepung premix ini lebih rendah berbanding kos membuat kuih siap. Ini membolehkan saya menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pelanggan, dan dalam masa yang sama, masih lagi dapat untung yang baik.
👉Tidak Mudah Rosak
Tepung premix boleh disimpan lebih lama berbanding kuih yang sudah siap. Jadi saya tidak begitu rasa tertekan seperti mana ketika menjual kuih , yang mana, kalau kuih tak habis dijual.. saya akan rasa stress sangat sebab kuih tersebut terpaksa dibuang atau disedekahkan.
👉Bebas Masa Dan Kurang Tekanan Kerja
Membuat tepung premix ini saya boleh buat bila-bila masa saya free. Tidak seperti kuih yang mana, saya kena buat kuih itu pada tempoh yang tertentu.. Contohnya, kalau pelanggan nak kuih waktu sarapan, maka saya perlu buat kuih tersebut dan siapkan ia sebelum pukul 7 pagi pada hari tersebut.
👉Peluang Untuk Mencapai Lebih Ramai Pelanggan
Tepung premix ini bukan sahaja boleh dijual kepada golongan pengguna yang ingin menyediakan sendiri kuih di rumah, malah, ia juga boleh dijual kepada golongan peniaga kecil yang lain yang ingin menjimatkan masa membuat kuih yang sedap.
👉Penghantaran Yang Lebih Mudah
Tepung premix lebih mudah dibungkus dan dihantar berbanding kuih siap. Ini menjadikan proses penghantaran tepung premix ini lebih mudah dan kurang berisiko, tidak seperti kuih siap yang memerlukan cara pengendalian dan penghantaran yang sedikit rumit.
👉Mengurangkan Pembaziran
Saya dan tak perlu risau lagi tentang kuih yang mungkin tidak terjual pada hari itu dan perlu dibuang. Tepung premix boleh disimpan dengan baik dan digunakan bila-bila masa, jadi, ia sangat membantu dalam mengurangkan pembaziran.
👉Memberikan Pelanggan Pilihan
Dengan tepung premix, pelanggan juga boleh menyesuaikan kuih mereka mengikut cita rasa mereka sendiri, iyalah selera setiap pelanggan ini berbeza-beza, kadang ada yang suka manis banyak dan ada pula yang suka pedas banyak. Jadi mereka boleh adjust sendiri sewaktu buat kuih itu sendiri.
👉Menyenangkan Pelanggan Yang Sibuk
Golongan ibu-ibu yang bekerja, memang suka sangat dengan tepung premix ini sebab ia memudahkan mereka menyediakan kuih yang sedap dengan cepat dan mudah!
Dengan kelebihan-kelebihan inilah, saya nampak, menjual tepung premix ini bukan sahaja memudahkan saya sebagai peniaga, malah, ia juga memberikan banyak kelebihan dan nilai tambah kepada pembeli!
Nak tahu lebih lanjut? Boleh dapatkan e-book Bisnes Tepung Premix ini :
No comments:
Post a Comment