Menu ala pecal tapi tak cukup bahan. Apa yang ada sajalah janji kuah pecalnya sedap! 😁
Sis bakar tofu pok (tofu goreng) dalam air fryer. Sekejap jelah nak bagi crispy. Potong dua siap-siap sebelum bakar.
Rebus telur. Potong empat. Rebus dalam air boleh. Tak nak renyah dengan air, masuk je 4 biji telur dalam air fryer, set 120'C, 20 minit. Ini setting air fryer Sis lah (brand Phillips). Dia tak keras sangat, kalau nak betul hard boiled, kena lebihkan time (30-35 mins).
Telur separuh masak tu terjadi sebab tak pandai lagi setting timer air fryer. Dah pecahkan, makan ajelah letak kicap, lada sulah. Haha
Hiris/sagat timun halus-halus.
Yang specialnya, kuah pecal tu. Sis ada 2 versi.
Satu dibeli kat pasar tani masa nak raya lepas. Bancuh dengan air panas. Oklah dia kurang pedas, anak-anak pun boleh makan. Satu lagi, mak sedara proses sendiri, anak-anak sedara bertuah ni tinggal bancuh dengan air panas je 😄
Of course lah yang mak sedara punya lagi sedap, ada rasa cekur, lebih pedas dan lebih 'rasa'. Makna kata lebih sesuai selera. Tapi itulah mak sedara tak buat selalu. Kalau ada, rezekilah tu. Tahan je simpan dalam peti sejuk. Kadang tu kitorang tabur atas bihun ke nasi ke, ratah gitu je tak bancuh dengan air panas pun. Sedap crunchy, pedas, masam, masin.
Nak lagi sedap, boleh makan dengan nasi himpit/bihun celur. Tauhu basah goreng, tempe goreng lagi sedap uiiii! Ulam boleh tambah lagi sengkuang, pucuk ubi, kangkung, taugeh. Tapi itulah, Sis ada timun ni je. Jadilah.
===========================================================
Kalau anda tengah tercari-cari idea nak mula bisnes tapi tak tahu nak jual produk apa, mungkin tepung premix adalah pilihan yang sesuai!
Dengan tepung premix, anda boleh hasilkan pelbagai jenis produk seperti kek, roti, atau kuih-muih, yang mudah dijual dan selalu ada permintaan.
Tak perlu risau tentang modal besar atau pengalaman – ebook Bisnes Tepung Premix akan tunjuk kepada anda dari awal hingga akhir, termasuk resepi pun diberi sekali!
Ini peluang untuk anda mulakan bisnes dengan produk yang mudah dan berpotensi tinggi!
Nak tahu lebih lanjut?
No comments:
Post a Comment