Jun 3, 2021

Set Talam Rumah Ketupat Cafe, Hari-hari Hari Raya!

Orang Johor pasti biasa dengan burasak dan lepat loi. Namun bagi rakyat bukan Johor, tertanya-tanya apakah jenis makanan ini. Inilah hidangan raya autentik JDT, kini ada di Selangor dan boleh dinikmati sepanjang tahun tak semestinya hari raya!

Kalau Set Talam Kendara ini, berbaloi untuk dicuba seisi keluarga. Dalam set ini ada:

5 keping burasak
6 ketul lepat loi
6 biji ketupat palas
6 biji ketupat nasi
Rendang ayam
Rendang daging
Daging masak hitam
Serunding kelapa
Kuah kacang

Set ini untuk hidangan 8-10 orang.

1 set RM100 +





Rendang dan daging masak hitam semua cukup rasa, cukup rasa rempahnya, kuahnya pekat. Sedap betul boleh cecah dengan ketupat. Serunding kelapa memang terbaik! Cuma kuah kacangnya sedikit cair, susah sikit nak cecah dengan ketupat nasi. Tapi tekstur kacang tanah kasar-kasar tu saya suka.





Ketupat palas lembut, tak manis atau berminyak sangat, cuma pulut melekat sikit pada daun palas tu, tapi okey je. Saiz pun comel jadi tak muak sangat nak makan. Ketupat nasi saiz agak besar. Sebiji tu pun kenyang. 

Kalau nak cuba, boleh ke:

Rumah Ketupat Cafe

No G9, Jalan Polo 13/51,
Off Persiaran Sukan,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor

Tel: 011-5509 8055

Musim covid ni, boleh tapau je lah. Atau boleh order online, order di Whatsapp (no tel kat atas tu), via GrabFood pun ada.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pek Nasi Arab Mandy Ayam Saudi Al Bayt

Setiap kotak mengandungi beras basmathi super long grain, rempah tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, buah limau kering) dan serbuk rempah untuk nasi dan perapan ayam.

RM15 sekotak

Untuk order, KLIK SINI

atau beli di Shopee, KLIK SINI


===================================================


Instagram: Hif Foods

Twitter: menulazat


Jun 2, 2021

Nasi Goreng Lejen Guna Perencah Adabi

Lama tak lamalah usia perencah nasi goreng Adabi ni, sejak tahun 90-an lagi dah ada. Dan rasa dia tetap maintain, sedap dan disukai ramai sampai sekarang.

Tak perlu nak potong bawang, tumis cili kisar. Tumis sekejap je perencah ni kemudian masuk je nasi.

Nak tambah bahan lain, terpulang. Ayam, udang, sotong, ikan bilis dan sayur pilihan. Masukkan telur juga, laaaagi sedap!

Nak tambah pedas, letaklah cili padi.


Getuk ubi jenama Shekin. Kuih frozen, nak makan, defrost dan goreng sahaja sekejap.