Jan 21, 2024

Asam Pedas Ikan dengan Pes Asam Pedas Melaka Sambaleena

Asam Pedas Ikan

Bahan-bahan:

Ikan tenggiri, 1-2 keping
Pes asam pedas Melaka Sambaleena, 1 peket
Terung panjang, 1 biji, dipotong
Kacang bendi, 4-5 batang, dipotong serong
Tomato, 1 biji, dibelah 4
Air secukupnya

Cara masak:

1. Masukkan air dan pes. Kacau rata dan buka api.
2. Hampir mendidih, masukkan ikan dan semua sayur.
3. Masak hingga ikan lembut dan sayur empuk.
4. Siap.


Jan 2, 2024

Bihun Beras Perang Goreng Tomyam

Pernah cuba bihun beras perang? Sedap tau. Rasa kenyal kenyal, tak mudah putus dan lebih kenyang.

Sis pernah cuba Bihun Perang jenama Jasmine.

Setakat ni, anak-anak kata sedappppp!



Cara masak semua sama je dengan bihun biasa. 

Kalau sis, untuk bihun, sis akan rendam dulu dengan air paip sekejap. Dah agak lembut, sis didihkan air lepas tu tutup api. Kemudian celur bihun tu. Celur je tau, bukan rebus. Dalam 30 saat ke 1 minit je, lepas tu angkat dan toskan. Jangan tinggal bihun dalam air mendidih tu. Nanti lembik sangat dan hancur.

Lepas tu dah boleh masak macam biasa (untuk menu goreng).

Kalau masak menu bihun yang berkuah, sis tak celur. Cukup rendam dan lembut je lepas tu toskan.

Kemudian masuk dalam kuah sebelum tutup api.



Bihun Beras Perang Goreng Tomyam

Bahan-bahan:

1 peket bihun beras perang
1 ulas bawang putih, dihiris
1/2 biji bawang Holland, dipotong dadu
2-3 sudu besar pes tomyam
2-3 helai daun limau purut
1 biji tomato, dipotong dadu
Garam jika perlu

Cara masak:

1. Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga naik bau. 
2. Masukkan tomato, pes tomyam dan sedikit air (1/2 cawan). 
3. Masukkan bihun, gaul hingga rata dengan perencah.
4. Siat-siat daun limau purut dan masukkan.
5. Bihun dan serata dengan perencah semua, dah siap.

Versi lebih berkhasiat:

*Boleh tambah protein (ayam/daging/seafood/telur).
*Boleh tambah sayur seperti bunga kubis, carrot, kailan.
*Nak lebih pedas, boleh tambah cili padi.
*Pes tomyam boleh guna perencah dalam botol/peket atau kiub tomyam.

Sedap dijadikan sarapan atau bekal piknik.

---------