Aug 28, 2021

Ikan Selar Bakar Air Fryer

Senang masak kalau ada Bumbu Kuning Sambaleena ni.

Bumbu ni sesuai untuk perapan atau masakan berkunyit.

Sangat menjimatkan masa dan kesedapan terjamin.


IKAN SELAR BAKAR AIR FRYER


Perap ikan dengan tepung jagung, bumbu kuning, garam dan minyak masak.

Bakar dalam air fryer pada 180'C, selama 15 minit. 

Terbalikkan ikan, masak lagi 10 minit atau hingga ikan masak.


Sesuai sebagai menu sihat, menu berpantang.

Nak order Bumbu Kuning/Bumbu Hijau/Bumbu Putih/Sambal Serbaguna: KLIK SINI .

Sambal Bilis Rangup Pedas Terpelanting

Selain sambal gesek, sambal bilis rangup ni pun pedas gila skala 6/6!

Memang peminat pedas tegar je boleh tahan ni.

Tapi sedap ya ampun. Bilis mata biru digoreng garing digaul sambal terangkat.

Awas masa makan jangan sampai tersedak, jenuh pedih tekak tau. So makan dengan hati-hati.

Sedap betul makan dengan nasi, pulut atau roti.

Aug 27, 2021

Nasi Mandy Ayam dan Kambing Al Bayt

Nikmati nasi arab cita rasa asli hanya di rumah.

Lebih jimat, lebih sedap, pasti puas hati!

2 jenis nasi mandy: Ayam dan Kambing.

Setiap pek mengandungi:

- Beras basmati super long grain
- Serbuk rempah mandy
- Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, limau kering)

1 pek untuk hidangan 4-5 orang.

Cara masak langkah demi langkah disediakan di belakang kotak.




Setiap kotak RM15 tak termasuk pos.

Untuk pembelian:







Aug 8, 2021

Asam Pedas Daging dengan Daun Kemangi

Kalau biasa orang buat asam pedas guna daun kesum atau daun limau purut, kan?

Tahu tak masakan ini boleh juga menggunakan daun kemangi untuk memberi aroma yang harum?

Pertama kali Kak Hif masak asam pedas letak daun kemangi selepas disarankan oleh akak penjual sayur. Nak beli daun kesum tapi habis. Katanya guna daun ini pun boleh, sedap juga.

Kak Hif pun cuba. Letak sikit saja, beberapa helai daun bahagian atas, yang muda. Tak berani letak banyak takut rasanya tak kena tekak pula.

Kalau korang nak cuba, boleh tengok resipi berikut.

ASAM PEDAS DAGING DAUN KEMANGI


Bahan-bahan:

Daging lembu, ~ 500 g, direbus dan dipotong
Cili kisar, 1 1/2 senduk
Bawang merah, 5 biji
Bawang putih, 3 ulas
Kunyit hidup, 2 cm
Serbuk halia, 1/2 sudu kecil atau guna halia batang 1 cm
Belacan bakar, 1 sudu kecil
Bumbu kuning Sambaleena, 2 sudu besar
Serai, 1 batang, diketuk
Bunga kantan, 1 kuntum, dibelah dua
Daun kemangi, 6-8 helai, ikut suka
Tomato, 1 biji, belah empat
Air rebusan daging, ikut suka nak pekat atau cair
Pes atau air asam jawa, ikut suka
Garam, gula, perasa

Cara membuat:

1. Kisar semua bawang dengan cili, bumbu kuning dan belacan.

2. Tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.

3. Masukkan air rebusan daging dan daging. Tambah asam jawa, garam, gula, perasa, bunga kantan.

4. Masak hingga mendidih dan daging empuk. Tambah tomato dan daun kemangi.

5. Sedia dihidang.

--------------

Set Bumbu Sambaleena

BUMBU PUTIH

Ramuan: bawang merah, bawang putih, minyak, garam dan rempah-rempah terpilih.

Cadangan hidangan: Aneka sup, singgang, nasi goreng cina, tumisan sayur.

BUMBU KUNING

Ramuan: bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas, halia, minyak, garam, rempah-rempah terpilih.

Cadangan hidangan: Pindang, rendang, perapan goreng/bakar, goreng kunyit, masak lemak, gulai.

BUMBU HIJAU

Ramuan: cili padi hijau, cili hijau, bawang merah, bawang putih, minyak, garam.

Cadangan hidangan: nasi goreng kampung, ikan sardin sambal cili padi, kangkung goreng belacan, masak lemak cili padi.

*Semua bumbu hanya perlu 1-2 sudu besar sahaja untuk sekali masak kerana bumbunya pekat. 

SET BUMBU SAMBALEENA

Memudahkan kerja memasak. Menjimat masa dan tenaga. Yang penting, sedap!

Follow Facebook: Menu Lazat, Ringkas dan Pantas

Follow Instagram: @hif.foods

Follow Twitter: @menulazat