Mar 20, 2025

Sahur 19 Ramadan : Dim Sum, Telur Rebus, Roasted Garlic Potato, Salad

Ada hari sahur simple simple aje. Ataupun habiskan lauk berbuka yang berbaki.

Semalam berbuka grilled chicken dengan salad, telur rebus, ada lebihan  maka jadilah sahur esoknya.

Roasted garlic potato pun sama. Habis licin masa sahur ni.

Dim sum faveret anak-anak. Nak depa sahur dengan gembira, Sis stimlah sepinggan.

Roti tu jadi perhiasan je, tak dak sapa mandang ha...



Sebenarnya sahur macam ni, agak kenyang dan tahan lama juga. Nak makan nasi boleh, tapi takleh banyak sangat portion dan paling penting kena diiringi sayur dan lebih protein (lauk).

Minum susu, makan kurma pun ok. Ada orang sesuai makan sahur ringan ringan je. Minum air masak secukupnya.

Selamat berpuasa! Menuju 10 hari terakhir Ramadan.

Mar 17, 2025

Iftar 16 Ramadan: Homecooked Buttermilk Shellout

"Nak berbuka apa hari ni anak-anak?"

"Shellout!"

Wah... kemain depa order noh haha

"Nak kuah pedas ka buttermilk?"

"Buttermilkkkkkkkk!"

Sepakat noh depa. Ok jugak la sebab kuah tu pedas-pedas manja ja, creamy lemak-lemak gitu.

As per requested, ta daaaaaa!



Cargas pi market pagi ni beli serba sikit seafood dan bahan lain untuk siapkan menu feveret anak-anak ni. Depa sendiri pilih seafood, lagi seronok.

Sis guna resipi hat paling senang ja. Resipi kat sini >> Buttermilk Shellout F&N Life

Resipi ni untuk 5 orang, sedang eloklah untuk family Sis. Cukup, puas hati makan, ada lebih lagi ha.

Bolehlah cuba, berbaloi jugak buat sendiri kat rumah. Boleh letak seafood yang kita suka. Boleh ejas pedas dan masin sesuai untuk anak-anak.

Brokoli tu punya nak bagi senang kerja, Sis beli yang frozen aje. Elok juga kejadiannya. Celur atau stim sat ja cukup (2-3 minit) nanti dia lembik. Tak payah defrost pun. Sedap juga pun, mudah pun mudah.


Hangpa berbuka apa hari ni? 

Mar 15, 2025

Iftar 14 Ramadan: Sambal Goreng Jawa

Sebagai menantu Jawa, sambal goreng Jawa ni memang hang kena pandai buatlah kan sebab hasben suka, mentua suka yang penting Sis suka!

Biasa beli ja sebenarnya sejak tahu ada warung yang jual sambal goreng sedap dekat rumah dan mentua suka. Jadi tak dak lah nak buat sendiri pun.

Tapi hari tu hasben teringin, mintaklah mentua buatkan. Jadi menantu folo rapat lah tengok macam mana pembuatannya.

Oh senang banget cuma nak kena goreng-goreng tu ja lah, satu satu.



Sebelum ni, Sis pernah buat tapi cepat basi dan agak basah. Rupanya suhun tu jangan rendam, yang kering tu digoreng terus 2 saat, angkat dan tos. Sambal goreng lebih tahan lama dan sedap!


Sambal Goreng Jawa, langkah demi langkah:

1. Goreng suhun. Minyak kena lebih baru suhun kembang elok dan sekata. Angkat, toskan.

2. Goreng tempe yang dipotong dadu. Nak dadu besar boleh, kecik pun boleh. Goreng sampai agak garing. Angkat, toskan.

3. Goreng taukua (tauhu) yang dipotong dadu juga. Sama jugak goreng sampai agak garing. Angkat dan toskan.

4. Kurangkan minyak, tinggal secukupnya untuk tumis je.

5. Tumis bawang merah hiris, bawang putih hiris sampai wangi.

6. Masukkan udang. Goreng sampai udang masak. Kalau guna udang sayur lagi sedap dan manis.

7. Masukkan kacang buncis dan cili merah hiris. Gaul rata. 

8. Masukkan tempe dan taukua. Gaul gaul bagi serata semua.

9. Tuang sos tiram dan kicap manis. Gaul lagi. Garam, serbuk perasa tu letaklah sesuai rasa kalau perlu.

10. Last sekali masukkan suhun. Gaullllllll, siap!


p/s:

Tak nak udang, boleh guna hati dan pedal ayam. Rebus dan hiris kecik-kecik baru masukkan.

Kacang buncis boleh ganti dengan kacang panjang kalau suka.


Nak makan dengan nasi pun best, ratah saja pun layannnnn

Wajib buat ni kalau raya hehe

Aduh ngences pulakkkk

Sapa suka sambal goreng Jawa walaupun bukan anak Jawa, angkat tangan!


Mar 13, 2025

Iftar 12 Ramadan : Korean Food Day!


Sesekali tukar selera. Korean food antara menu favourite rakyat kat rumah ni. Sundubu jjigae tu kira memang selalulah buat. Sedap hirup kuah sup pedas panas-panas tapi awas jangan pedas sangatlah.


Nak buat kimchi jjigae (kimchi stew) ni lebih kurang macam tomyam je. 

Letak protein (ayam/daging/seafood/tofu), kimchi dan tambahlah sayur-sayur lain ikut kita suka. Yang penting kena ada ramuan utamalah : kimchi, pes gochujang (pes cili Korea) dan gochugaru (Korean chilli flakes/powder). 

Setakat ni, jjigae yang paling kena dengan tekak, Sis suka Dubuyo. Tak pekat sangat, tak pedas sangat, kuah dia marvellous, isinya banyak. 

One of my comfort food, gitu...



Saja buat nasi purple ala Dubuyo ni baru matching. Ni pun senang je nak buat. 

Campur je sikit beras hitam dalam beras putih (guna beras susyi atau beras wangi) tu. 

Sebelum tu boleh rendam dulu sat, dalam 20 minit ke. Masak je macam biasa. 

Ni warna gelap camni sebab terlebih letak beras hitam. Udah rasa macam makan bubur pulut hitam dah ha. Haha



Ini ada filet mackerel, tabur salt and pepper, gril je dalam pan. 

Ikan ni memang dah ada flavour tersendiri, tak payah nak seasoning macam-macam pun dah sedap. Beli yang frozen je ni, senang masak.

Nak hidang, boleh letak sekali kimchi, bayam celur atau jeruk lobak putih. Uhhh sedapnyalaaaa

Ada yang suka makan makanan Korea?

Mar 11, 2025

Iftar 10 Ramadan : Ayam Kicap, Sup Pakchoi, Telur Rebus


Puasa puasa ni Sis tak makan pedas sangat sebab perut tak berapa tahan. Satgi mai asid refluks, nak buat kerja apa pun tak boleh. Huhu

Biasa sup sup lah, sedap hirup dan selesakan perut sebelum makan makanan berat.

Hari ni ayam kicap dan sup pakchoi letak telur sikit. Telur rebus - tambah protein.



Simple simple gini je pun dah cukup. Alhamdulillah.

Mar 8, 2025

Laksa Pokok Limau Kuala Kangsar

Sis dan laksa berpisah tiada. Kalau dapat makan laksa (sedap) memang auto gembira. Hehe

Orang kata kalau singgah Kuala Kangsar, kena cuba laksa depa.

Jadi hari tu, Sis try lah Laksa Pokok Limau yang glamer ni.

Masa tu bulan puasa, jadi Sis tapau ni kat gerai depa berjualan kat Arena Square.



Bestseller depa ni sebenarnya laksa dengan telur sarang. Katanya pengasas laksa sarang nilah dia. Yang ori gitu. Tapi yang ni Sis mintak telur rebus sebijik. Masa ni tekak tak berapa ok jadi tak mau yang goreng berminyak sangat. Tu yang pilih telur rebus.

Maafkan la rupa telur rebus tu, menggerutu menggelupor nak makan. Haha

Memang simple je, rasa macam kat kampung Sis. Sempoi betui.

Timun, bawang seadanya saja. Laksa beras bukan yang licin tu. Dan paling win kuahnya la. Ala laksa buyong kat kampung Sis. Tak pedas, penuh rasa ikan.

Sis tak suka yang kuah pekat sangat, sebab dah biasa kitanya laksa kuah ceroi tapi isi ikan masih tak kedekut. Puas hati makan ni, lincin pinggan oooo

Lepas ni ada rezeki boleh pi kedainya pulak la. Makan panas panas mesti lagi surrr. Nak try laksa sarang pulak :D