Mar 25, 2024

Idea Buka Puasa: Nasi Ayam Tanam


Nasi Ayam Tanam

Bahan-bahan:

2 cawan beras
2 sudu besar minyak sapi
2 1/2 cawan susu segar/susu cair
6 ulas bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 inci halia, dihiris
Rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan
1 batang serai, diketuk


Cara membuat:

1. Cuci beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi, tumis 4 sekawan dan bawang besar, bawang putih, halia, daun pandan, serai hingga wangi.
3. Masukkan beras dan gaul rata.
4. Masukkan susu dan gaul.
5. Biarkan masak dengan api sederhana.
6. Untuk hasil lebih baik, tutup periuk dan guna api kecil. 


*Nasi ni memang sedap sangat aroma dia, dengan bau minyak sapi, serai, daun pandan. Nasi pun lembut sebab letak susu cair. Yang kurang selera makan tu, menu ni sesuai sangat nak naikkan selera.


Idea mula bisnes bakeri di rumah. Dapatkan panduannya di sini >>>

Mar 22, 2024

Idea Sahur: Overnight Oat dan Kurma Mentega


Sahur ringkas yang mengenyangkan.

Overnight oat dan kurma mentega.

Cara buat overnight oat:

3 sudu besar rolled oat
1/2 cawan susu segar

Rendam oat dalam susu (dalam bekas/mason jar/cawan bertutup) dan simpan dalam peti sejuk semalaman.

*Untuk sahur, siapkan oat sebelum tidur*

Selepas semalaman, oat akan kembang dan sedia dimakan. Boleh top up dengan kekacang (kacang tanah, walnut, badam dan lain-lain), yogurt kalau suka, buah-buahan kering (aprikot, kurma, ceri, kiwi, jambu batu) atau lagi sedap letak buah segar (strawberi, mangga, epal).

Kurma mentega

Ambil kurma, hiris tengah dan buang biji. Potongkan mentega anggaran 1/2 sudu kecil sahaja dan selit dalam kurma. 

Boleh simpan dalam peti sejuk, lebih sedap.

Sesuai dimakan ketika sahur untuk memberi tenaga.



Idea mula bisnes bakeri di rumah. Dapatkan panduannya di sini >>>

Idea Sahur: Wrap Telur Tampal


WRAP TELUR TAMPAL

Bahan-bahan:

1 keping wrap wholemeal
1 biji telur
1 biji bawang merah, dihiris
1 sudu kecil rempah kari
1 sudu kecil mentega
Secubit garam
Daun salad

Cara membuat:

1. Pecahkan telur, masukkan rempah kari dan garam, kacau rata.
2. Masukkan mentega dalam kuali. Panaskan. Masukkan bawang. Goreng hingga layu.
3. Masukkan telur. Tak perlu kacau. 
4. Letakkan wrap ke atas. Tekan perlahan supaya melekat dengan telur.
5. Telur dah masak boleh balikkan sekejap atau boleh lipat jika suka.
6. Siap. Boleh hidang dengan daun salad.




Idea mula bisnes bakeri di rumah. Dapatkan panduannya di sini >>>