Nov 22, 2021

Resipi Tom Yam Udang Tak Pedas untuk Anak

Tom yam ni versi yang tak pedas, anak-anak kecil pun boleh makan. 

Tak guna pes, kiub atau serbuk tomyam. 


Cara-caranya di bawah.

Tomyam Udang

Udang sederhana, 300 g
Bawang putih, 5 ulas
Serai, 2 batang
Tomato, 2 biji
Saderi, 1 batang
Bawang Holland, 1/2 labu
Lobak merah, 1 biji
Limau nipis, 1 biji
Jagung muda, 4 batang
Daun ketumbar dengan akar, 3 batang
Lengkuas, 2 cm
Daun limau purut, 6 helai
Perencah Hilal
Garam
Cuka makan
Sos ikan
Serbuk perasa
Serbuk ikan bilis
Gula perang
Sos cili (untuk naikkan rasa tomyam)

Rebus semua sayuran kecuali daun limau, ketumbar dan tomato, hingga mendidih. Masukkan udang. 

Masukkan semua bahan lain dan sesuaikan rasa.

Siap.

==========

Suka pedas? Kalau makan mesti nak ada sambal?

Boleh cuba Sambal Penyet Sambaleena!

Antara sambal terpedas dan paling diminati peminat sambal.


Untuk pesanan, KLIK SINI.


Oct 5, 2021

Resipi Sup Ekor Ringkas


RESIPI SUP EKOR RINGKAS

1. Rebus ekor lembu dalam periuk tekanan hingga empuk. Buangkan lemak yang terapung.

2. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk/dikisar/dimayang.

3. Masukkan saderi, lobak merah, kentang (optional).

4. Tambahkan garam, lada sulah/lada hitam, bunjut sup tulang.

5. Boleh tambah cili padi ketuk untuk pedas, jus limau.

6. Tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng ketika menghidang.

Resipi Sup Ayam Sihat untuk Diet


RESIPI SUP AYAM SIHAT

1. Didihkan air dalam periuk.

2. Masukkan ayam yang dipotong kecil.

3. Ayam separuh masak, masukkan kentang dan lobak merah.

4. Masukkan 1 bunjut sup.

5. Masukkan garam dan lada sulah.

6. Taburkan bawang putih rangup, serunding halia, bawang goreng dan daun bawang.

7. Boleh perahkan limau jika suka.




Pes Rendang Cili Api, Pes Telur Masin, Pes Masak Hitam Sedia Dimasak


Kita nak makan sedap dari dapur sendiri tapi tak cukup masa nak berlama-lama masak di dapur.

Ta daaaa! Pes masakan Sambaleena ni ada untuk jimatkan masa dan tenaga untuk masak di dapur.

Pes sedia dimasak, hanya tambah bahan utama, air dan perasa (kalau perlu).

Ada Pes Rendang Cili Api, Pes Telur Masin, Pes Masak Hitam dan Pes Masak Merah.









Cara penyediaan ada di bahagian depan pek. Istimewanya pek ini PERCUMA 50 g.

Nak dapatkan pes-pes masakan ini, ORDER SINI.

Masak Sup Lebih Cepat dengan Serunding Halia Ketagih

Antara bahan utama dalam masakan sup adalah bawang putih, bawang merah dan halia. 

Nak masak sup lebih cepat tanpa perlu kopek bawang, kupas halia, hiris bawang dengan Serunding Halia Ketagih Sambaleena.

Rebus ayam dan sayur-sayuran, masukkan bunjut sup dan tabur serunding halia dan bawang goreng.

Siap.






Serunding Halia Ketagih
Ikan Bilis Lada Hitam
Bawang Putih Rangup
Peria Goreng Sihat

Set untuk Kurus dan Pantang

Order SINI 

Oct 4, 2021

Sambal Itam, Sambal Penyet, Sambal Gesek, Sambal Ijo Sambaleena

Teringin je nak makan sambal, tak payah susah-susah nak tumbuk cili, bawang segala macam.

Dah ada yang siap, tinggal cedok dan makan saja.

Sambaleena memudahkan peminat sambal dan makanan pedas.

Bukan sahaja dimakan dengan nasi, tetapi dengan makanan kegemaran apa pun boleh.

Nasi goreng, bihun goreng, mi goreng, nasi impit, ubi rebus, roti, lempeng.

Paling laris, SAMBAL IJO. 

Paling pedas, SAMBAL GESEK.

Paling disukai peminat pedas menyengat, SAMBAL PENYET.

Paling melengkapi selera, SAMBAL ITAM.




Nak rasa?

Boleh order dengan KLIK SINI.


Trio Sambal Pek Mini Sambaleena - Sambal Ijo, Sambal Tempoyak, Sambal Ketuk


Sambaleena Sambal Ijo/Tempoyak/Ketuk dalam pek mini yang lebih terjamin kebersihan dan mudah dibawa.

Nak bawa ke pejabat boleh, nak bawa travel boleh.




Kombo Trio Sambal ni RM15 + RM8 postage.

Set Sambal Ijo + Sambal Ketuk + Sambal Penyet pun ada!

Nak order, terus KLIK SINI je.


Sambal Gesek Terpaling Pedas Tapi Sedap

Sambal gesek ready to eat.

Buka dan cedok saja.

Paling sedap makan dengan nasi putih, lauk ringkas dan ulam-ulaman.




Cara pantas untuk order Sambal Gesek, Whatsapp:




Tomyam Seafood Adabi


Senang betul buat tom yam guna Perencah Tom Yam Seafood Adabi. 

Sedap secukup rasa, tapi kalau nak lagi pedas, boleh lah tambah cili padi.





Resipi Tom Yam Seafood Mudah

Udang
Fish ball
Bunga kubis
Batang saderi
Lobak merah
Serai (optional)
Tomato
Perencah Tom Yam Seafood

Cara masak:

Panaskan air dalam periuk, masukkan sayur-sayuran. Dah mendidih, masukkan udang dan fish ball. Diikuti serai. Akhir sekali masukkan perencah, kacau sebati.

Sesuaikan rasa. Siap.


Kadang-kadang perencah ni susah sikit nak dapat di kedai, boleh cuba beli di Shopee Adabi >> Adabi Official Store 

Kuetiau Sup Daging Master Chicken Rice Puchong

Kedai nasi ayam tapi ada juga pilihan menu lain bagi yang nak tukar selera. Cuma specialty kedai ni nasi ayamlah. Dah nama pun Master Chicken Rice.

Nasi ayam ada pelbagai pilihan juga, nasi ayam panggang (1/4 ayam) atau original (seketul ayam saiz biasa).







Untuk nasi ayam, ada macam-macam jenis. 

Alamat kedai:

Master Chicken Rice Puchong
Jalan Sri Puchong 1,
Taman Sri Puchong,
Puchong, Selangor

Kalau nak order melalui Whatsapp, boleh KLIK SINI.


Aug 28, 2021

Ikan Selar Bakar Air Fryer

Senang masak kalau ada Bumbu Kuning Sambaleena ni.

Bumbu ni sesuai untuk perapan atau masakan berkunyit.

Sangat menjimatkan masa dan kesedapan terjamin.


IKAN SELAR BAKAR AIR FRYER


Perap ikan dengan tepung jagung, bumbu kuning, garam dan minyak masak.

Bakar dalam air fryer pada 180'C, selama 15 minit. 

Terbalikkan ikan, masak lagi 10 minit atau hingga ikan masak.


Sesuai sebagai menu sihat, menu berpantang.

Nak order Bumbu Kuning/Bumbu Hijau/Bumbu Putih/Sambal Serbaguna: KLIK SINI .

Sambal Bilis Rangup Pedas Terpelanting

Selain sambal gesek, sambal bilis rangup ni pun pedas gila skala 6/6!

Memang peminat pedas tegar je boleh tahan ni.

Tapi sedap ya ampun. Bilis mata biru digoreng garing digaul sambal terangkat.

Awas masa makan jangan sampai tersedak, jenuh pedih tekak tau. So makan dengan hati-hati.

Sedap betul makan dengan nasi, pulut atau roti.

Aug 27, 2021

Nasi Mandy Ayam dan Kambing Al Bayt

Nikmati nasi arab cita rasa asli hanya di rumah.

Lebih jimat, lebih sedap, pasti puas hati!

2 jenis nasi mandy: Ayam dan Kambing.

Setiap pek mengandungi:

- Beras basmati super long grain
- Serbuk rempah mandy
- Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, limau kering)

1 pek untuk hidangan 4-5 orang.

Cara masak langkah demi langkah disediakan di belakang kotak.




Setiap kotak RM15 tak termasuk pos.

Untuk pembelian:







Aug 8, 2021

Asam Pedas Daging dengan Daun Kemangi

Kalau biasa orang buat asam pedas guna daun kesum atau daun limau purut, kan?

Tahu tak masakan ini boleh juga menggunakan daun kemangi untuk memberi aroma yang harum?

Pertama kali Kak Hif masak asam pedas letak daun kemangi selepas disarankan oleh akak penjual sayur. Nak beli daun kesum tapi habis. Katanya guna daun ini pun boleh, sedap juga.

Kak Hif pun cuba. Letak sikit saja, beberapa helai daun bahagian atas, yang muda. Tak berani letak banyak takut rasanya tak kena tekak pula.

Kalau korang nak cuba, boleh tengok resipi berikut.

ASAM PEDAS DAGING DAUN KEMANGI


Bahan-bahan:

Daging lembu, ~ 500 g, direbus dan dipotong
Cili kisar, 1 1/2 senduk
Bawang merah, 5 biji
Bawang putih, 3 ulas
Kunyit hidup, 2 cm
Serbuk halia, 1/2 sudu kecil atau guna halia batang 1 cm
Belacan bakar, 1 sudu kecil
Bumbu kuning Sambaleena, 2 sudu besar
Serai, 1 batang, diketuk
Bunga kantan, 1 kuntum, dibelah dua
Daun kemangi, 6-8 helai, ikut suka
Tomato, 1 biji, belah empat
Air rebusan daging, ikut suka nak pekat atau cair
Pes atau air asam jawa, ikut suka
Garam, gula, perasa

Cara membuat:

1. Kisar semua bawang dengan cili, bumbu kuning dan belacan.

2. Tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.

3. Masukkan air rebusan daging dan daging. Tambah asam jawa, garam, gula, perasa, bunga kantan.

4. Masak hingga mendidih dan daging empuk. Tambah tomato dan daun kemangi.

5. Sedia dihidang.

--------------

Set Bumbu Sambaleena

BUMBU PUTIH

Ramuan: bawang merah, bawang putih, minyak, garam dan rempah-rempah terpilih.

Cadangan hidangan: Aneka sup, singgang, nasi goreng cina, tumisan sayur.

BUMBU KUNING

Ramuan: bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas, halia, minyak, garam, rempah-rempah terpilih.

Cadangan hidangan: Pindang, rendang, perapan goreng/bakar, goreng kunyit, masak lemak, gulai.

BUMBU HIJAU

Ramuan: cili padi hijau, cili hijau, bawang merah, bawang putih, minyak, garam.

Cadangan hidangan: nasi goreng kampung, ikan sardin sambal cili padi, kangkung goreng belacan, masak lemak cili padi.

*Semua bumbu hanya perlu 1-2 sudu besar sahaja untuk sekali masak kerana bumbunya pekat. 

SET BUMBU SAMBALEENA

Memudahkan kerja memasak. Menjimat masa dan tenaga. Yang penting, sedap!

Follow Facebook: Menu Lazat, Ringkas dan Pantas

Follow Instagram: @hif.foods

Follow Twitter: @menulazat

Jun 3, 2021

Set Talam Rumah Ketupat Cafe, Hari-hari Hari Raya!

Orang Johor pasti biasa dengan burasak dan lepat loi. Namun bagi rakyat bukan Johor, tertanya-tanya apakah jenis makanan ini. Inilah hidangan raya autentik JDT, kini ada di Selangor dan boleh dinikmati sepanjang tahun tak semestinya hari raya!

Kalau Set Talam Kendara ini, berbaloi untuk dicuba seisi keluarga. Dalam set ini ada:

5 keping burasak
6 ketul lepat loi
6 biji ketupat palas
6 biji ketupat nasi
Rendang ayam
Rendang daging
Daging masak hitam
Serunding kelapa
Kuah kacang

Set ini untuk hidangan 8-10 orang.

1 set RM100 +





Rendang dan daging masak hitam semua cukup rasa, cukup rasa rempahnya, kuahnya pekat. Sedap betul boleh cecah dengan ketupat. Serunding kelapa memang terbaik! Cuma kuah kacangnya sedikit cair, susah sikit nak cecah dengan ketupat nasi. Tapi tekstur kacang tanah kasar-kasar tu saya suka.





Ketupat palas lembut, tak manis atau berminyak sangat, cuma pulut melekat sikit pada daun palas tu, tapi okey je. Saiz pun comel jadi tak muak sangat nak makan. Ketupat nasi saiz agak besar. Sebiji tu pun kenyang. 

Kalau nak cuba, boleh ke:

Rumah Ketupat Cafe

No G9, Jalan Polo 13/51,
Off Persiaran Sukan,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor

Tel: 011-5509 8055

Musim covid ni, boleh tapau je lah. Atau boleh order online, order di Whatsapp (no tel kat atas tu), via GrabFood pun ada.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pek Nasi Arab Mandy Ayam Saudi Al Bayt

Setiap kotak mengandungi beras basmathi super long grain, rempah tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, buah limau kering) dan serbuk rempah untuk nasi dan perapan ayam.

RM15 sekotak

Untuk order, KLIK SINI

atau beli di Shopee, KLIK SINI


===================================================


Instagram: Hif Foods

Twitter: menulazat


Jun 2, 2021

Nasi Goreng Lejen Guna Perencah Adabi

Lama tak lamalah usia perencah nasi goreng Adabi ni, sejak tahun 90-an lagi dah ada. Dan rasa dia tetap maintain, sedap dan disukai ramai sampai sekarang.

Tak perlu nak potong bawang, tumis cili kisar. Tumis sekejap je perencah ni kemudian masuk je nasi.

Nak tambah bahan lain, terpulang. Ayam, udang, sotong, ikan bilis dan sayur pilihan. Masukkan telur juga, laaaagi sedap!

Nak tambah pedas, letaklah cili padi.


Getuk ubi jenama Shekin. Kuih frozen, nak makan, defrost dan goreng sahaja sekejap. 




May 1, 2021

Peria Goreng Rangup, Sambal Bilis Bawang - Menu Ringkas Sahur

Menjengah ke hujung-hujung Ramadan ni, sahur pun selera yang ringkas-ringkas je.

Nasi panas, peria goreng sihat, sambal bilis bawang diiringi baby spinach.

Cukuplah kan.

Mujur ada Sambaleena.

Peria goreng sihat ni, memang rangup dan ada sikit rasa berempah. Kurang pahit, jadi sedap walaupun diratah gitu je. Orang dalam pantang pun boleh makan.

Sambal bilis bawang tu, nampak je merah menyala gitu tapi takdelah pedas sangat. Menggunakan ikan bilis bersih, siap dikopek digaul dengan bawang, cili pehh nikmat betol bila dimakan dengan nasi panas.

Kalau nak rasa peria goreng, sambal bilis bawang, serunding halia, ikan bilis lada hitam atau bawang putih rangup, boleh order SINI ya.



Sambal Mini Pack, Travel Pack

Sambal-sambal in the house!

Yang atas sekali tu, sambal dalam pek mini.

Apa yang bestnya pek mini ni?

✔ Sesuai untuk orang yang baru nak cuba/rasa

✔ Untuk mereka yang makan sambal sikit-sikit je atau tak ramai

✔ Untuk yang nak test sambal mana paling sedap dan kena selera




Nak cuba sambal?

Klik SINI untuk order.




Apr 21, 2021

Sambal Pembuka Selera Sahur dan Berbuka Puasa

Bosan makan 1 jenis sambal je?

Takde sambal tak selera nak makan?

Nah, set sambal mini ni paling sesuai!

1 set sambal mini SAMBALEENA:

👉 Ada 4 jenis sambal (ijo, ketuk, penyet dan tempoyak)
👉 Setiap satu 50 g

Berbaloi-baloi!

Sesuai untuk yang nak rasa macam-macam sambal dalam satu. Juga sesuai untuk mereka yang baru nak cuba sambal sedap Sambaleena.

1 set 4 sambal mini RM20 sahaja tak termasuk pos.

Nak order, klik SINI ye.


Berbuka Puasa dengan Nasi Arab Mandy Kambing Al Bayt

Berbuka puasa dengan nasi arab memang sangat nikmat, lagi-lagi itulah waktu untuk bersama ahli keluarga makan bersama-sama.

Nasi arab antara hidangan yang sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Tapi ada yang rasa susah nak masak nasi arab sendiri di rumah.

Lecehlah, takut tak menjadilah, takut tak sedaplah. Nak makan di restoran, kena siapkan bajet lebih sikitlah.

Antara langkah paling mudah dan menjimatkan tapi tetap dapat makan sedap, boleh je guna pek NASI MANDY KAMBING YAMAN AL BAYT ni.

1 kotak dah siap disediakan beras basmati super long grain, serbuk rempah dan rempah tumis (3 sekawan).

Nak masak pun mudah je. Resipi ada diberi di belakang kotak. Ikut je step by step.

Rebus kambing. Tumis rempah-rempah. Dalam periuk nasi, masukkan beras, tumisan rempah dan air rebusan kambing. 

Cepat je siap. Sedap pula tu!

Nak cuba?

Boleh klik di SINI untuk order pek nasi arab sekarang!

NASI ARAB MANDY KAMBING YAMAN AL BAYT

1 KOTAK RM15 TAK TERMASUK POS

Mar 14, 2021

Sambal Tanpa Belacan Sambal Gesek Pedas Terangkat

SAMBAL GESEK SAMBALEENA

- Sambal paling pedas (skala 6/6)
- Sambal yang sesuai untuk orang resdung kerana tiada belacan
- Untuk peminat pedas berapi

SAMBAL KETUK SAMBALEENA

- Tekstur ikan bilis menyedapkan sambal
- Masam pedas terangkat
- Skala pedas 5/6



Nak cuba SAMBAL GESEK / SAMBAL KETUK SAMBALEENA?

Whatsapp je 019-8197259 atau tekan sini:

www.wasap.my/60198197259

Resipi Ayam Goreng Berempah Air Fryer

Ayam Goreng Berempah Air Fryer

Bahan-bahan:

8 ketul paha ayam, dikelar
2 sudu besar BUMBU KUNING SAMBALEENA
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak masak 

Cara memasak:

1. Tabur tepung jagung pada ayam, gaulkan.

2. Masukkan BUMBU KUNING, serbuk kunyit, garam dan minyak pada ayam dan gaul rata. Perap dalam 10 minit.


3. Masukkan 3-4 ketul ayam dalam air fryer pada suhu 200'C, 15 minit. Balikkan ayam, masak lagi 15 minit.


4. Angkat ayam dan hidangkan.

Senang dan cepat bila ada BUMBU KUNING ni. Ayam goreng berempah jadi mudah je nak buat. Jimat masa, jimat tenaga. Tak payah nak blend bawang, serai apa-apa lagi rempah ratus. 

Cedok je BUMBU KUNING ni dan gaul.

Apa ramuan bumbu kuning ni?
Bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, garam, minyak, rempah-rempah.

Selain sebagai perapan ayam, sesuai juga untuk perapan daging/ikan, sebagai bahan asas pindang, rendang atau ungkep.

Nak dapatkan bumbu kuning ni, whatsapp je ke 019-8197259 atau tekan je sini:

www.wasap.my/60198197259


Mar 4, 2021

Menu Pantang: Bubur Nasi Ikan Bilis

Tempoh berpantang adalah tempoh pemulihan bagi ibu yang telah melahirkan anak, jadi ibu perlu makan mengikut waktu dan mengambil makanan berkhasiat.

Satu menu mudah dan ringkas tapi berzat adalah bubur nasi.

Selain mudah dihadam, pelbagai jenis protein dan sayuran boleh dimasukkan ke dalam bubur untuk menjadikannya suatu hidangan 'one pot meal' yang tinggi nutrien.


Salah satu menu bubur yang cepat dan ringkas adalah bubur ikan bilis.

Masak bubur seperti biasa, cuma tambah sedikit bawang besar dan kentang sebagai perisa dan memberi tekstur kepada bubur.

Sebagai penambah selera, tabur saja BAWANG PUTIH RANGUP dan IKAN BILIS LADA HITAM SAMBALEENA.

Bubur lebih sedap, cedok dan tabur saja.


Mahu dapatkan BAWANG PUTIH RANGUP atau IKAN BILIS LADA HITAM Ready to eat yang dibuat khusus untuk ibu berpantang atau yang mahu kurus, boleh terus tekan link ini.

www.wasap.my/60198197259

Atau DM di Instagram:

www.instagram.com/hif.foods

Harga sebekas RM15 sahaja tak termasuk pos.