Sep 13, 2022

Telur Gulung Kuali

Sejenis kegigihan kakak nak makan telur gulung macam orang Korea selalu buat tu, kot mana pun kena bagi jadi juga.

Sedap tengok telur gulung depa padat, cantik, comel, makan dengan nasi.


Patutnya guna pan bentuk empat segi baru cantik dan senang nak gulung. Tapi memandangkan kakak ada pan bulat dan kuali lejen ni je, try pi lah.

Maka, ini lah hasilnya!

Telur gulung versi marhaen la kita bagi nama noh.


Boleh ja guna kuali. Yang penting kuali kena betul panas, api kena kecil je. Pastikan seluruh permukaan kuali kena minyak sebab kita tak nak telur melekat.

Cara akak buat cam gini:

TELUR GULUNG KUALI

Bahan-bahan:

Telur
Daun bawang
Daun sup
Perasa cendawan
Lada sulah

Cara masak:

Pecahkan telur, pukul dan masukkan semua bahan lain. Panaskan kuali, masukkan minyak dan ratakan ke seluruh permukaan. Masukkan telur. Pusingkan kuali bagi telur tu jadi besar dan nipis. Agak-agak bahagian tepi dah garing, boleh tanggal, ha mula menggulung. Perlahan-perlahan je sampai tergulung habis. Balik-balikkan sampai bahagian tengah masak. Angkat dan hiris.

Kakak makan ni dengan bubur nasi. Kalau nak buat sarapan pun boleh. Nak tabur atas bihun goreng pun boleh. 


Kadang-kadang kita bukan tak mau masak kat rumah kan, cuma tak mau lama-lama kat dapur. Sebab tu kalau ada sos serba guna ke sos perencah siap ke, memang kakak suka.

Lagi pulak memang sedap, lagilah senang kerja kakak.

Macam set pes masakan Sambaleena ni, korang hanya siapkan bahan utama, air dan beberapa ramuan sampingan saja. Balik kerja tu, tak payah bersilat bagai nak siapkan makan malam. Dengan penat lagi, lapar lagi. 



Pes apa yang ada?

Pes Kerutuk
Pes Gulai
Pes Sambal Serba Guna
Pes Soto
Pes Rendang Cili Api
Pes Masak Merah

Semuanya sedia dimasak, panaskan sekejap saja lepas tu masukkanlah ayam/ikan/daging/telur. 
Mana-mana korang suka, boleh sesuaikan.

Mudah, cepat, sedap.

Nak dapatkan mana-mana pes atau set kombo (sementara masih ada),







Sep 12, 2022

Menu Sihat: Singgang Ikan Senangin

Singgang antara menu yang mesra kanak-kanak dan juga mereka yang berdiet.

Nak masak pun senang, sedap pula tu.

Rebus-rebus saja siap.


Ni kakak guna kepala ikan senangin saja, badannya dibuat goreng. Sedap anak makan, hirup kuah dan makan nasi bermangkuk-mangkuk.

Senang saja buat singgang ikan ni, versi tak pedas.

SINGGANG IKAN

Bahan-bahan:

Ikan
Bawang merah
Lengkuas
Kunyit hidup
Asam keping
Garam

Cara masak:

Rebus air. Masukkan bawang merah racik halus, lengkuas 1 cm dihiris nipis, kunyit hidup 3 hiris nipis je. Dah mendidih, masukkan asam keping dan ikan. Biarkan masak lagi. Ikan dah masak, masukkan garam. Siap.

*Nak pedas, boleh tambah cili padi ketuk. Asam keping tu ikut suka nak letak berapa. Agak-agaklah ikut kemasaman yang korang suka. Kunyit hidup tak payah banyak sangat, 2-3 hirisan nipis cukup. Nanti jadi pindang pula dia.

===================================================================






Singgang ni kalau makan dengan Sambal Penyet, mengancam juga. Memang berpeluh la sebab sambal ni level kayangan dia punya pedas!

Tak percaya? Cubalah sendiri!

KLIK SINI untuk tengok Sambal Penyet dan sambal-sambal sedap yang lain. 




Bubur Nasi Telur Gulung

Bubur nasi ni, boleh kata comfort food lah bagi sesetengah orang.

Kenapa?

Senang dimakan, senang ditelan, senang dihadam.

Tapi kalau kosong je macam tak best la pulak kan.

Ni kakak punya versi bubur, warna-warni gitu kannnn?



Sebenarnya seisi keluarga makan bubur sebab buat untuk anak yang tak sihat. Senang kerja, semua makan menu sama je. Condiment je letak ikut kegemaran masing-masing.

Untuk bubur kakak, ada telur gulung, kangkung celur, sambal bawang bilis, bawang goreng dan bawang putih rangup, titis minyak bijan sikit.

Gaul semua, fuh sedap!



Yang layan pedas, mesti kena cuba Sambal Bawang Bilis Sambaleena ni. Bila makan dengan bubur kosong macam ni, blend sangat rasa dia. Pedas pun sebenarnya tak pedas sangatlah sebab ada bawang sekali kan, so manis bawang tu seimbangkan rasa pedas tu.

Sambal ni jenis kering, jadi tahan lama dan mudah sangat nak bawak travel ke, camping ke, makan kat ofis ke. Packaging pun senang dibawa, dan tak payah susah-susah nak transfer ke bekas lain pun selepas dibuka sebab ada seal ziplock. Janji tutup rapat-rapat untuk elak masuk angin dan sambal rosak.



Sambal Bawang Bilis Sambaleena merupakan sambal berkualiti tinggi dengan ikan bilis kopek dari Langkawi dan diadun bersama bawang goreng. Pedas pedas manjah gitu!

Nak cuba sambal ni atau sambal-sambal lain macam Sambal Ijo, Sambal Penyet, Sambal Gesek, Sambal Itam, Sambal Tempoyak, Sambal Ketuk -- BOLEH KLIK SINI !