Jan 23, 2025

Resipi Siakap Kicap Berempah



SIAKAP KICAP BEREMPAH





Bahan-bahan:

1 ekor siakap sederhana
1 biji bawang besar
1 sudu kecil udang kering
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap lemak
1 sudu besar serbuk kari 
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji cili hijau
1 batang serai


Cara masak:

1. Lumur ikan dengan sedikit tepung jagung, garam dan serbuk kunyit. Goreng dan ketepikan. 
2. Asingkan minyak, gunakan sedikit sahaja untuk menumis kuah.
3. Tumis serai, bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, serbuk kari dan udang kering. 
5. Tambah air kalau terlalu kering.
6. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan cili hijau.
7. Tuang atas ikan goreng tadi.

*Tak perlu tambah perasa lain sebab kicap dah ada garam dan gula.
*Boleh tambah cili padi kalau suka pedas.


======================================================================




Nasi Lemak Ikan Kering


Alkisahnya suami request nasi lemak. Sis pun cargas la buat, dalam keadaan bahan yang terhad.

Ikan bilis habis - bahan utama tu!

Tapi ok lah Sis ganti dengan ikan gelama kering. Dalam sambal pulak, Sis masukkan udang kering sebab ikan bilis takde langsung. 

Aroma dia tak menawan sangatlah macam ada bilis tapi ok jelah kan.



Rupa nasi lemak terkejut :D



Guna beras basmati buat nasi lemak kali ni. Peroi nasinya, sedap. Sis sebenarnya suka masak nasi lemak diletak halia ketuk, biji halba dan bawang merah sebab menambah rasa dan aroma. Tapi suami tak minat letak halba tu. Jadi Sis tak letaklah. 

Ini letak bawang merah je. Daun pandan takde, halia pun habis juga. Mujur santan ada.



Sambal macam tak cukup pecah minyak jadi kurang umph. Agaknya sebab pakai periuk lain, hasilnya berbeza pulak. Timun wajib ada. Ikan bilis diganti ikan gelama kering. Kacang tanah pun wajib. Telur rebus harus! Hehe

Selesai nasi lemak buatan sendiri. Sempoi saja, ikut tekak kita.


===========================================================

Komen Puan N:

"Sebagai anak kepada penjual kuih, saya selalu rasa bangga dengan mak saya. Sejak kecil, saya tengok dia bangun awal pagi, siapkan kuih tradisional yang sedap-sedap untuk dijual. 

Tapi dalam masa yang sama, saya sedar mak semakin letih sebab semua dibuat sendiri dari mula sampai akhir.

Satu hari, saya terfikir, kenapa tak jadikan resipi kuih mak ini jadi tepung premix? Mak ada resipi turun-temurun yang memang ramai orang suka. 

Kalau resipi tu dijadikan tepung premix, bukan saja boleh memudahkan kerja mak, tapi juga boleh dijadikan sebagai produk baru untuk dijual. Pelanggan pun mesti suka sebab tak perlu susah payah nak buat kuih dari awal, sebab tepung premix ni dah siap dengan resipi mak yang dah terbukti sedap.

Saya pun mula kaji tentang bisnes tepung premix. 

Saya beli Ebook Bisnes Tepung Premix untuk belajar cara buat tepung premix sendiri. 

Dari situ, saya mula cipta beberapa jenis premix berdasarkan resipi kuih mak – seperti kuih talam, onde-onde, dan karipap. 

Sekarang, bukan saja mak lebih mudah buat kuih, tapi kami juga mula jual tepung premix kepada pelanggan tetap mak yang nak cuba buat sendiri di rumah.

Kalau anda ada mak atau ayah yang jual kuih, mungkin ini cara untuk bantu mereka. Jadikan resipi kuih tradisi jadi produk baru, dan siapa tahu, ini boleh jadi permulaan kepada bisnes yang lebih besar! 



Nak tahu macam mana nak mula? KLIK SINI!  





Langkah Demi Langkah: Resipi Ikan Lada

Biasa sangat kan kalau nak goreng ikan, kita perap garam dengan serbuk kunyit? 

Ha jom try perap dengan tambahan sikit bahan lagi untuk kelainan rasa.

Sis cuba resipi Ikan Lada ni dari buku masak. Lain realiti daripada expectation tapi memang sendiri punya salah hehe

Jom cuba, senang je. Kalau makan sahur atau berbuka Ramadan nanti, boleh membuka selera.


IKAN LADA

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar
1 cm kunyit hidup
2 biji cili merah (resipi asal guna cili kering)
Garam dan serbuk perasa

Cara buat:

1. Bersihkan dan kelar ikan. 



2. Blend cili, bawang, kunyit hidup.



3. Gaulkan rata-rata dengan ikan. Perap sekejap dalam 15 minit.



4. Sedia untuk digoreng.



5. Goreng hingga garing.



6. Akan jadi begini rupanya. Kehitaman sikit tapi tak hangit pun. Goreng api sederhana saja.



7. Yang ini disira dengan lebihan gorengan hasil blend. Jadi sambal dah rupanya :D



Sis rujuk resipi dalam buku ni. Resipi Sajian Pantai Timur Penambat Selera. Tapi diolah sikit sebab tu tak jadi sangat tapi tetap sedap dan berbeza daripada ikan goreng kunyit yang biasa dah Sis buat. 

Lagi satu, bila pakai kunyit hidup ni, sedap aromanya. Tapi kalau takde, guna jelah serbuk kunyit.


Best jugak buku ni, ada resipi Pantai Timur yang kebanyakan kita biasa dengar dan makan. Resipinya pun mudah diikut dan buat sendiri.





Sepatutnya begini rupanya. Sebab bahan-bahan patut ditumbuk/dicencang baru boleh rasa teksturnya. Sebab Sis blend jadi halus sangat, udah jadi sambal. Hehe



Makan panas-panas dengan nasi dan sayur lemak, sedap ni.

Sis padankan ikan lada ni dengan nasi putih dan kubis masak lemak dengan tempe.



Selamat mencobaaaaa!