Sep 13, 2022

Telur Gulung Kuali

Sejenis kegigihan kakak nak makan telur gulung macam orang Korea selalu buat tu, kot mana pun kena bagi jadi juga.

Sedap tengok telur gulung depa padat, cantik, comel, makan dengan nasi.


Patutnya guna pan bentuk empat segi baru cantik dan senang nak gulung. Tapi memandangkan kakak ada pan bulat dan kuali lejen ni je, try pi lah.

Maka, ini lah hasilnya!

Telur gulung versi marhaen la kita bagi nama noh.


Boleh ja guna kuali. Yang penting kuali kena betul panas, api kena kecil je. Pastikan seluruh permukaan kuali kena minyak sebab kita tak nak telur melekat.

Cara akak buat cam gini:

TELUR GULUNG KUALI

Bahan-bahan:

Telur
Daun bawang
Daun sup
Perasa cendawan
Lada sulah

Cara masak:

Pecahkan telur, pukul dan masukkan semua bahan lain. Panaskan kuali, masukkan minyak dan ratakan ke seluruh permukaan. Masukkan telur. Pusingkan kuali bagi telur tu jadi besar dan nipis. Agak-agak bahagian tepi dah garing, boleh tanggal, ha mula menggulung. Perlahan-perlahan je sampai tergulung habis. Balik-balikkan sampai bahagian tengah masak. Angkat dan hiris.

Kakak makan ni dengan bubur nasi. Kalau nak buat sarapan pun boleh. Nak tabur atas bihun goreng pun boleh. 


Kadang-kadang kita bukan tak mau masak kat rumah kan, cuma tak mau lama-lama kat dapur. Sebab tu kalau ada sos serba guna ke sos perencah siap ke, memang kakak suka.

Lagi pulak memang sedap, lagilah senang kerja kakak.

Macam set pes masakan Sambaleena ni, korang hanya siapkan bahan utama, air dan beberapa ramuan sampingan saja. Balik kerja tu, tak payah bersilat bagai nak siapkan makan malam. Dengan penat lagi, lapar lagi. 



Pes apa yang ada?

Pes Kerutuk
Pes Gulai
Pes Sambal Serba Guna
Pes Soto
Pes Rendang Cili Api
Pes Masak Merah

Semuanya sedia dimasak, panaskan sekejap saja lepas tu masukkanlah ayam/ikan/daging/telur. 
Mana-mana korang suka, boleh sesuaikan.

Mudah, cepat, sedap.

Nak dapatkan mana-mana pes atau set kombo (sementara masih ada),







Sep 12, 2022

Menu Sihat: Singgang Ikan Senangin

Singgang antara menu yang mesra kanak-kanak dan juga mereka yang berdiet.

Nak masak pun senang, sedap pula tu.

Rebus-rebus saja siap.


Ni kakak guna kepala ikan senangin saja, badannya dibuat goreng. Sedap anak makan, hirup kuah dan makan nasi bermangkuk-mangkuk.

Senang saja buat singgang ikan ni, versi tak pedas.

SINGGANG IKAN

Bahan-bahan:

Ikan
Bawang merah
Lengkuas
Kunyit hidup
Asam keping
Garam

Cara masak:

Rebus air. Masukkan bawang merah racik halus, lengkuas 1 cm dihiris nipis, kunyit hidup 3 hiris nipis je. Dah mendidih, masukkan asam keping dan ikan. Biarkan masak lagi. Ikan dah masak, masukkan garam. Siap.

*Nak pedas, boleh tambah cili padi ketuk. Asam keping tu ikut suka nak letak berapa. Agak-agaklah ikut kemasaman yang korang suka. Kunyit hidup tak payah banyak sangat, 2-3 hirisan nipis cukup. Nanti jadi pindang pula dia.

===================================================================






Singgang ni kalau makan dengan Sambal Penyet, mengancam juga. Memang berpeluh la sebab sambal ni level kayangan dia punya pedas!

Tak percaya? Cubalah sendiri!

KLIK SINI untuk tengok Sambal Penyet dan sambal-sambal sedap yang lain. 




Bubur Nasi Telur Gulung

Bubur nasi ni, boleh kata comfort food lah bagi sesetengah orang.

Kenapa?

Senang dimakan, senang ditelan, senang dihadam.

Tapi kalau kosong je macam tak best la pulak kan.

Ni kakak punya versi bubur, warna-warni gitu kannnn?



Sebenarnya seisi keluarga makan bubur sebab buat untuk anak yang tak sihat. Senang kerja, semua makan menu sama je. Condiment je letak ikut kegemaran masing-masing.

Untuk bubur kakak, ada telur gulung, kangkung celur, sambal bawang bilis, bawang goreng dan bawang putih rangup, titis minyak bijan sikit.

Gaul semua, fuh sedap!



Yang layan pedas, mesti kena cuba Sambal Bawang Bilis Sambaleena ni. Bila makan dengan bubur kosong macam ni, blend sangat rasa dia. Pedas pun sebenarnya tak pedas sangatlah sebab ada bawang sekali kan, so manis bawang tu seimbangkan rasa pedas tu.

Sambal ni jenis kering, jadi tahan lama dan mudah sangat nak bawak travel ke, camping ke, makan kat ofis ke. Packaging pun senang dibawa, dan tak payah susah-susah nak transfer ke bekas lain pun selepas dibuka sebab ada seal ziplock. Janji tutup rapat-rapat untuk elak masuk angin dan sambal rosak.



Sambal Bawang Bilis Sambaleena merupakan sambal berkualiti tinggi dengan ikan bilis kopek dari Langkawi dan diadun bersama bawang goreng. Pedas pedas manjah gitu!

Nak cuba sambal ni atau sambal-sambal lain macam Sambal Ijo, Sambal Penyet, Sambal Gesek, Sambal Itam, Sambal Tempoyak, Sambal Ketuk -- BOLEH KLIK SINI !




May 27, 2022

Tauhu Himpit Masak Balado

Tak pernah masak tauhu himpit ni, sekali suami belikan sebab teringin nak makan katanya. 

Ingatkan keras macam tauhu petak biasa tu, rupanya teksturnya lembut dan dan lembik macam tauhu telur, macam tofu.

Pada bungkusan tu, ditulis Japanese Pressed Tofu.

Boleh digoreng tapi kena pandai jangan sampai hancur. Mungkin paling sesuai dibuat kukus.

Tapi kali ni kita cuba goreng. 

TAUHU HIMPIT MASAK BALADO


Bahan-bahan:

2 keping tauhu himpit (Japanese Pressed Tofu)
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji tomato
1 sk serbuk belacan
1 sk Cukup Rasa
Garam dan gula


Cara membuat:

1. Potong tauhu himpit. 1 keping boleh potong 3 atau 5. Jangan nipis nanti hancur bila goreng.

2. Tumbuk halus bawang putih dan halia. Asingkan.

3. Tumbuk cili merah, garam dan belacan.

4. Potong tomato kepada 4. 

5. Panaskan minyak, goreng tauhu himpit hingga garing dan keperangan. Angkat dan toskan.

6. Guna minyak yang sama untuk goreng tomato. Angkat dan toskan. Kemudian lenyek-lenyekkan.

7. Masih guna minyak yang sama untuk menumis. Kalau terlalu banyak, keluarkan sedikit.

7. Tumis pes bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili tumbuk. Goreng hingga hampir garing. Masukkan tomato lenyek. Gaul rata, masak hingga cili garing.

8. Masukkan Cukup Rasa dan gula.

9. Tuang hasil tumisan ke atas tauhu goreng.

10. Siap!

Tauhu boleh juga diganti dengan tempe, telur mata, ikan goreng, ayam goreng atau terung goreng.


Apr 14, 2022

Menu Sahur Lejen: Nasi Putih, Telur, Kicap, Sambal

Terpaling nikmat nasi putih, telur dadar, kicap. Tambah kick sikit dengan sambal, memang terangkat habis!

Kalau ada ulam timun ke kacang botor ke daun salad ke... fuh licin pinggan oooo!


Menu sahur ekspres dan pasti membuka selera. 

Jangan lupa Sambal Menggigil dan Sambal Minang sekali ye!

===========

SAMBAL MENGGIGIL SAMBALEENA

Bagi peminat sambal yang bertekstur kasar, memang sesuailah ni. Boleh rasa ikan bilis, cili dicencang kasar dimasak hingga pecah minyak, cukup rasa pedasnya.

Selain nasi, sedap juga makan dengan ubi rebus atau roti.


SAMBAL HIJAU MINANG SAMBALEENA

Pernah rasa Sambal Ijo Sambaleena? 

Ha nampak sama tapi bukan dia! Sambal Hijau Minang ni lebih halus dan lebih pedas. 

Sedap ni makan dengan nasi goreng atau lempeng. 

======

Teringin nak rasa Sambal Menggigil dan Sambal Hijau Minang?


Stok terhad. Siapa cepat, dia dapat rasa!


Apr 8, 2022

Resipi Sup Ikan Sihat

Sup Ikan Sihat 🐟



Bahan-bahan:

Ikan merah, 2 ketul
Bawang besar, 1 labu, dihiris
Bawang putih, 5 ulas, diketuk
Halia, 1/2 cm, dihiris
Serai, 2 batang, diketuk
Rempah 4 sekawan
Daun bay
Lobak merah, 1 batang, dipotong
Ubi kentang, 1 biji, dibelah empat
Minyak zaitun
Daun sup
Bawang goreng
Garam
Lada sulah
Cuka

Cara masak:

1. Masukkan air dalam periuk. Air hampir mendidih, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serai, rempah 4 sekawan. Masak hingga menggelegak.

2. Masukkan lobak merah, ubi kentang, daun bay, minyak zaitun, garam, lada sulah, cuka. 

3. Masukkan ikan. Tutup periuk. Biarkan ikan masak.

4. Tabur daun sup, bawang goreng. Sedia dihidang.

#supikan #supikanmerah #sup #ikan #menusihat #supsihat #menukurus #menuberbuka #menuberbukapuasa #puasa #ramadan #iftar

Mar 29, 2022

Cara Masak Ayam Sambal Tempoyak


 
Peminat tempoyak patut cuba resipi ni. Kalau biasa kita makan ikan patin gulai tempoyak, ayam masak lemak tempoyak atau sambal tempoyak cili padi, apa kata cuba ayam sambal tempoyak pula.

Mudah saja!

AYAM SAMBAL TEMPOYAK

Bahan-bahan:

 Ayam, 1/2 ekor, dipotong kecil
Sambal tempoyak Sambaleena pek mini, 1 peket
Serai, 2 batang, diketuk
Bawang besar, 1 biji, dipotong separuh bulat

Cara masak:

Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.
Angkat ayam dan ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak, tumis 1 peket Sambal Tempoyak Sambaleena dan serai. Tambahkan sedikit air.
Masukkan ayam goreng tadi, gaul rata. Mahu lebih kuah, tambah air lagi. 
Biarkan mendidih, masukkan bawang besar. Masak hingga ayam empuk dan bawang sedikit layu.

*Tak perlu tambah garam, gula. Tapi kalau suka, boleh sesuaikan rasa.

Selamat mencuba!

======================================================

Sambaleena juga ada sambal-sambal lain yang tentunya menawan selera peminat pedas dan sambal tradisi.

Sambal dalam pek mini khas untuk dibawa ke pejabat atau travel.

Boleh KLIK SINI untuk pilihan sambal yang ada.

Untuk order melalui Whatsapp, KLIK SINI.

Feb 26, 2022

Cara Buat Telur Dadar Tauhu Telur dan Filamen Ketam

Variasi telur dadar.

Telur Dadar Tauhu Telur

Bahan-bahan:

Telur, 2 biji
Tauhu telur, 1 tiub
Tepung jagung, 1 sudu besar
Daun bawang
Garam
Lada sulah

Cara masak:

1. Pecahkan dan pukulkan telur. 
2. Masukkan tepung jagung, garam, lada sulah, daun bawang ke dalam telur. Kacau sebati.
3. Potong tauhu telur. 
4. Masukkan dalam bancuhan telur. Salutkan tauhu telur.
5. Goreng atas kuali leper. Balikkan dengan hati--hati.
6. Siap.


*Tepung jagung adalah bahan yang penting supaya telur dadar tak hancur dan tauhu telur melekat cantik. Ini hasilnya apabila tepung jagung lupa dimasukkan, telur dadar berderai.*


Telur Dadar Filamen Ketam

Menggunakan bahan yang sama seperti di atas, cuma tukarkan kepada filamen ketam.


Boleh lihat bezanya apabila dimasukkan tepung jagung. Filamen ketam terletak cantik dan telur dadar tak berderai.


Sesuai dijadikan hidangan sahur atau berbuka.

Selamat mencuba!

===================================


Follow Instagram: @sambaleenabyhif

Follow Twitter: : @menulazat

==================================

SAMBAL PENYET TERLAJAK PEDAS, UNTUK YANG BERANI SAHAJA!


Suka makan sambal penyet tapi tak rajin buat sendiri?

Tak payah susah-susah nak goreng cili, bawang, tumbuk atau kisar sambal penyet dah kalau ada SAMBAL PENYET SAMBALEENA!

Buka botol dan cedok sahaja. Sedia dimakan.

Boleh buat set penyet sendiri di rumah.

Ayam atau bawal/talapia/keli goreng
Sambal penyet Sambaleena
Tauhu goreng
Tempe goreng
Ulam timun, kubis, kacang panjang

Jimat masa dan tenaga, YANG PENTING SEDAP!

Nak order sambal penyet?







Jan 17, 2022

Resipi Sotong Masak Hitam Pantas Guna Pes Sedia Dimasak


SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahan:

5-6 ekor sotong saiz sederhana
1 peket Pes Sambal Hitam Sambaleena
Gula
Bawang besar dihiris bulat

Cara masak:

Masukkan sotong dalam periuk, buka api sederhana, tutup periuk. Biarkan air sotong keluar dan sotong separuh masak. Buka penutup, masukkan pes sambal hitam dan kacau rata. Tambah gula kalau perlu. Masukkan bawang besar. Kacau-kacau, bawang dah layu, sedia dihidang.