Dec 17, 2024

Ikan Kerapu Goreng dan Tomyam Versi Sihat

Tak pernah lagilah pi pasar beli ikan kerapu. Biasanya ikan ni mahal. Tapi hari tu beli kat pak cik yang jual ikan depan rumah, ada pulak ikan ni. Murah pulak tu RM15 sekilo. Belilah seekor, nak rasa.

Kunun nak buat stim limau lah, tiga rasalah, sekali goreng garing je sudah. Haha

Sedap. Macam siakap pun ada. Tapi badannya memang lembut lepas buang sisik. Macam ikan kerisi. Manis, tak banyak tulang. Boleh je masak apa-apa macam kita masak siakap atau talapia.



Sis gaul dengan tepung jagung sikit, garam, kunyit. Goreng sampai garing. 




Niat nak buat tomyam. Hasil shopping di kedai Acheh. Seleri 2 batang, daun ketumbar 1 ikat, tomato 2 biji, daun limau purut 1 peket kecik, lengkuas muda saiz 1/3 tapak tangan, kubis bunga sesuku. Bahan-bahan lain dah ada kat rumah.



Lepas makan tomyam 'manis' kat kedai tomyam hari tu, aduh tak puas hati. Itu yang buat sendiri ni. Boleh ejas masam, pedas, masin.

Sis tak suka guna perencah. Yang penting ada lengkuas, sos ikan, daun ketumbar, daun limau purut.

Cara sis buat tomyam gini je:

Rebus isi ayam.
Masukkan lengkuas hiris, serai ketuk, bawang putih ketuk, bawang Holland hiris, akar ketumbar.

Masukkan kubis bunga, carrot, jagung muda, cili padi (nak pedas ketuk, kalau tak, humban je jadi kuah tak pedas anak boleh makan).

Masukkan sos ikan, cuka/jus limau, garam kalau perlu, serbuk cili (kalau nak kaler merah-merah sikit), daun limau purut, tomato belah empat. Boleh letak gula Thai kalau ada. 

Masukkan udang/sotong kalau nak lagi sedap kuahnya. Sekejap je ni letak hujung-hujung dah masak. Boleh tabur daun ketumbar dan tutup api.

Tomyam gini tak berminyak. Sesuai untuk diet.



Sate Ayam Sedap Intan Satay Puchong

Penduduk sekitar Puchong, kalau nak cari sate sedap style dulu-dulu, yang masih letak lemak ayam kat tengah-tengah tu, boleh cuba Intan Satay.

Isi sate bukan jenis isi yang saiz besar tu tau. Kalau nak makan macam tu, kena makan Sate Kajang Haji Samuri 😁

Selain rasa sate, Sis suka kuah kacang dia. Just nice berpalut time nak cecah sate. Kacang tu tak halus sangat, tak kasar sangat. Rasa pun memang A. Tak kedekut kuah. Insya Allah cukup dan puas makan.

Tak lupa ada bawang dan timun. 

Brader jual tu pernah bagitau macam mana Intan Satay dapat nama. Katanya sebab rumah diorang kat Puchong Intan. Bukan sebab nama mak ke, isteri ke sapa ke. Hehe gitu kisahnya...

Kalau nak cuba, lokasi diorang kat Prima Walk, Puchong Prima. Depan Speedmart 99 dan Nasi Ayam Malaya. 



Idea Bekal Sekolah: Nasi Goreng Cina dan Bebola Ikan

Untuk anak yang kurang makan pedas, nasi goreng cina memang selalu jadi pilihan.

Sis tambah bebola ikan buat lauk.

Bekal mudah dan ringkas. Cepat pula nak sediakan.

Boleh guna serbuk perencah je atau kalau buat sendiri tu cuma tumis bawang putih je. Tambah garam dan lada sulah. Siap.


Kadang-kadang anak tak kisah pun bekal apa, yang penting ada bekal dan dimasak dengan kasih sayang.


Ayam Bakar Air Fryer


Jimatkan masa kat dapur, masak guna air fryer je.

Ayam Bakar Air Fryer

Perap ayam dengan bahan-bahan kisar:

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
Serai
Lada hitam
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih

Tambah garam. Susun dalam air fryer, spray minyak sikit atas ayam.

Bakar pada suhu 200'c, 25 + 15 min atau sehingga ayam masak. 




Macam ungkep pun ada.


Sedia dihidang. Boleh makan dengan ulam dan sambal.

Ikan Tenggiri Bakar Air Fryer Guna Sambal Tumis

Ada lebihan sambal tumis, Sis bakar ikan perap sambal tumis tu je senang.

Gaul ikan dengan sambal, bungkus dalam foil.

Masak dalam air fryer 200'c, 10/10 mins hingga ikan masak.




Kalau nak tambah petai pun sedap juga ni.

Konsepnya guna apa yang ada, elakkan membazir.

Hidangan mudah dan pantas.

Menu Tanpa Gluten: Lempeng Nasi dan Tepung Beras

Ada nasi lebih tu, selain nasi goreng, boleh diolah jadi lempeng juga.

Sesuai juga untuk mereka yang alah gluten sebab tak guna tepung gandum.

Bahan-bahannya; nasi sejuk, tepung beras, air, secubit garam.

Kisar je nasi sejuk sampai halus. Tambah tepung beras sikit dan air. Adunan kena cair sikit. Kalau pekat nanti keras pulak lempengnya.

Tambah garam dan sikit minyak. Kacau rata.

Panaskan pan. Spray minyak sikit supaya tak melekat. Sendukkan adunan. Dah keluar bubble tu, boleh terbalikkan untuk masak sebelah lagi.

Dah masak, boleh angkat.

Boleh cecah kuah kari, sambal bilis atau sambal hijau.



1 senduk adunan (saiz senduk nasi) boleh dapat saiz lempeng comel.


Makan-makan di rumah Encik Baba,
Selamat mencuba!

Idea Ramadan: Bihun Kari Ikan


Sesekali tukar selera atau cuba menu baru, sedap juga. Nak buat berbuka puasa pun boleh ni.

Kadang-kadang kita makan apa yang tersedia di rumah saja untuk elak membazir. Jadi kena kreatiflah sikit.

Kalau biasa kari ni Sis buat pencecah dengan roti ke lempeng ke atau cekodok pisang. Tapi kali ni cuba lain pulak.

Makan bihun dengan kuah kari ikan.


Inspirasi mi kari. Sis olah jadi bihun kari.



Celur bihun. Letak sawi celur. Siram kuah kari ikan. Kalau ada sambal belacan sedap juga ni. 

Boleh la cuba kalau nak tukar selera. Paling sedap guna ikan tenggiri, ikan merah. Salmon atau dori pun ok juga. Sayur boleh tambah tauge jika suka.


Idea Bekal Sekolah: Spagheti Alfredo (ala Carbonara)

Dulu-dulu, nak mudah buat pasta dengan kuah putih (yang kita selalu anggap carbonara tu), beli je yang dalam balang atau tin. 

Cuma panaskan dan tambah air je. Rebus pasta, dah boleh hidang.

Sejak faham kandungan sos-sos pasta yang pernah dibeli tu banyak sangat pengawet, penambah rasa sedangkan bahan asasnya sikit aja - jadi Sis sedaya upaya buat je sendiri.

Sejak jumpa resipi sos putih atau alfredo yang senang dan sedap ni, memang itu je yang Sis ikut. Lagipun anak-anak suka.

Baik makan kat rumah, ataupun bawa bekal ke sekolah.



Untuk adik-adik, kuah letak dalam bekas ada lock untuk elak tumpah. Pastanya bungkus dalam plastik. Untuk sulung, kuah bungkus, pasta dalam bekas kertas. Selalu dia makan dengan kawan-kawan. Jadi pack lebih sikit.

Cara nak buat mudah je, bahan-bahan pun tak banyak.

Resipi Spagheti Alfredo

Bahan-bahan:

1/2 peket spagheti
1 mangkuk kecil isi ayam
1 kotak kecil krim masakan (cooking cream)
3 ulas bawang putih, dicencang
1/2 labu bawang Holland
1/2 cawan air rebusan spagheti
Serbuk lada hitam
Sedikit mentega
Herba Itali
Kepingan keju cheddar
Serbuk ayam/kiub ayam jika suka

Cara masak:

1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan 1 sudu besar garam. Air dah mendidih baru masukkan spagheti dan rebus hingga al dente (ikut arahan di paket). Titis sedikit minyak zaitun untuk elak melekat. Angkat dan toskan. Asingkan 1/2 atau 1 cawan air rebusan.

*pastikan air dah mendidih baru masuk spagheti, kalau rebus lama sangat nanti spagheti terlalu lembik dan hancur.*

2. Panaskan kuali. Masukkan sedikit mentega dan tumis bawang putih, bawang Holland hingga layu. 

3. Masukkan isi ayam. Masak hingga ayam empuk. Masukkan krim masakan. Kacau rata. 

*Kalau suka berkuah lebih, boleh tambah air/susu segar/air rebusan pasta. Kalau suka pekat, tambah sikit-sikit, ikut cita rasa.*

4. Masukkan keju. Bilangan keping, terpulang. Nak pekat, lebih berlemak boleh letak 3-4 keping. Untuk sekadar rasa boleh letak 1-2 keping. 

5. Tambah serbuk ayam atau kiub ayam, garam (kalau perlu, sebab cheese dan air pasta dah masin), herba Itali dan serbuk lada hitam. 

6. Kepekatan kuah, ikut kegemaran masing-masing. Siap.


Siap bekal.


Berjalan-jalan ke Danau Toba, 
Selamat mencuba!

Dec 5, 2024

5 Resipi Biskut Berasaskan Kacang Tanah, Tak Perlu Banyak Bahan

Biskut berkacang tanah antara biskut popular ketika hari raya. Pelbagai jenis biskut boleh diolah dengan menggunakan kacang ini.

Selain rasanya yang sedap dan berlemak, ia turut memberi tekstur yang rangup dan menaikkan selera dengan aromanya yang harum apabila dibakar.

Boleh cuba biskut kacang mudah ini, tak perlu banyak bahan pun!

Perkongsian resipi dan gambar daripada Majalah RASA.

Biskut Mazola
(Resipi untuk 50-60 biji)





Bahan-bahan: 

400 gm kacang tanah kisar
400 gm tepung gandum
100 gm gula halus
Sedikit minyak jagung (minyak Mazola)

Cara membuat:

1. Satukan kacang tanah, gula dan tepung dalam satu bekas. Ramas bahan hingga sebati dengan tangan.
2. Masukkan minyak Mazola.
3. Uli hingga menjadi doh, tapi jangan terlalu berminyak.
4. Terap doh dengan acuan pilihan. Kemudian sapu kuning telur pada bahagian atas untuk lebih cantik.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit atau hingga masak.
6. Keluarkan dan sejukkan di atas redai. Simpan dalam bekas kedap udara.

Bekas kuih raya kedap udara dengan design menarik dan premium, KLIK SINI!

Tip: Kacang tanah perlu digoreng tanpa minyak (sangai) terlebih dahulu. Buang kulit dan kisar supaya kacang tidak pahit.


Biskut Mentega Kacang Horlicks
(Resipi untuk 40-50 biji)





Bahan-bahan:

300 gm kacang tanah - disangai dan dikisar halus
150 gm gula aising
100 gm Horlicks
150 gm mentega kacang

Mencari alternatif kepada Horlicks, boleh cuba Socolics Dairy Malt. KLIK SINI!

Cara membuat:

1. Campur semua bahan dan gaul rata.
2. Masukkan ke dalam loyang dan tekan-tekan supaya padat. 
3. Terap adunan dengan acuan pilihan.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 C selama 10 minit.
5. Sejukkan di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.



 

Biskut Kacang Tradisi
(Resipi untuk 80 biji)





Bahan-bahan:

300 gm kacang tanah - disangai dan tumbuk halus
200 ml minyak jagung
10 gm serbuk penaik
150 gm gula aising
50 gm kacang tanpa kulit - sebagai hiasan

Nak buat biskut tapi malas nak sangai dan tumbuk kacang, beli yang siap je mudah kerja! KLIK SINI.

Cara membuat:

1. Gaul semua bahan hingga sebati. Bentukkan bulat-bulat dan leperkan.
2. Letak dalam loyang pembakar yang telah digris.
3. Letakkan kacang tanah di atas setiap biji.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 10 minit.
5. Keluarkan dan sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara.

 Tip: Boleh letakkan parutan keju Cheddar di atasnya untuk rasa yang lebih lemak dan unik.


Biskut Mentega Kacang Berinti
(Resipi untuk 40-50 biji)





Bahan-bahan:

300 gm kacang tanah - disangai, ditumbuk halus
200 ml minyak jagung
10 gm soda bikarbonat
10 gm serbuk penaik
150 gm gula aising
50 gm kacang tanpa kulit - hiasan
Mentega kacang secukupnya


Banyak pilihan mentega kacang DI SINI. Nak dalam bekas sederhana atau besar, pilih saja!

 

Cara membuat:

1. Gaul semua bahan hingga sebati.
2. Susun acuan tat dalam dulang pembakar dan tuang adunan ke dalamnya.
3. Bakar pada suhu 160 C selama 10 minit.
4. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan. Keluarkan daripada acuan tat.
5. Paipkan mentega kacang di atas tat.
6. Simpan dalam bekas kedap udara.

Nak guna acuan tat aluminium atau nak tekan sendiri, boleh pilih je DI SINI. Acuan begini boleh juga diguna untuk buat tat Portugis, tat buah dan lain-lain.


Bipang Kacang Tanah
(Resipi untuk 40-50 keping)





Bahan-bahan:

300 gm kacang tanah - digoreng
400 gm gula perang
40 gm marjerin
50 gm bijan - disangai

Cara membuat:

1. Panaskan gula dalam kuali tak melekat. Biarkan hingga mencair.
2. Setelah gula berbuih, masukkan kacang dan bijan.
3. Kacau cepat-cepat dan masukkan marjerin.
4. Tuang ke dalam loyang ketika masiih panas.
5. Sejukkan kemudian potong.


Selamat mencuba!



Dec 4, 2024

Resipi 5 Bahulu Sedap Pelbagai Rasa untuk Hari Raya


Kuih bahulu antara kuih tradisional yang masih mendapat tempat dalam masyarakat moden. 

Kini, kuih ini telah muncul dengan pelbagai warna dan rasa, sangat menarik dan menjadi pilihan sama ada yang tua atau muda.

Berikut dikongsikan 5 jenis bahulu yang boleh dicuba menjelang Aidilfitri nanti.

Kredit resipi dan gambar: Majalah RASA


BAHULU OREO

(Resipi untuk 250 biji)


Bahan-bahan:


48 biji telur ayam
2100 gm gula putih
1 sudu makan gula merah/Melaka
1900 tepung gandum
5 keping biskut Oreo (atau biskut yang seumpamanya- dibuang inti krim) - dihancurkan
Biskut Oreo 250 keping - dibuang inti krim
Minyak masak


Cara membuat:

1. Campurkan gula putih, gula merah dan telur lalu dipukul hingga kembang.
2. Sesudah adunan naik, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diikuti Oreo yang dihancurkan. Pukul hingga sebati.
3. Panaskan acuan dengan sedikit minyak, sudukan sedikit adunan hingga separuh acuan, masukkan sekeping Oreo dan tutup dengan selapis lagi adunan.
4. Bakar dalam ketuhar bersuhu 200 C selamat 10 minit atau sehingga masak.
5. Sedia dinikmati.



BAHULU KEJU

(Resipi untuk 250 biji)





Bahan-bahan:

48 biji telur ayam
2100 gm gula putih
1 sudu makan gula merah
1900 gm tepung gandum
200 gm keju Cheddar parut


Cara membuat:

1. Pukul telur, gula putih dan gula merah hingga kembang.
2. Setelah adunan naik, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
3. Biarkan adunan selama 30 minit sebelum diisi ke dalam acuan bahulu. Tabur keju Cheddar secukupnya.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 C selama 10 minit atau hingga masak. Sedia dinikmati.

BAHULU BLUEBERI

(Resipi untuk 250 biji)




Bahan-bahan:

48 biji telur ayam
2100 gm gula putih
1 sudu makan gula merah
1900 gm tepung gandum
Pewarna ungu secukupnya
Jem blueberi secukupnya
Sedikit minyak masak

Cara membuat:

1. Pukul telur, gula putih dan gula merah hingga kembang.
2. Kemudian masukkan pewarna ungu dan pukul lagi.
3. Setelah adunan naik, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
4. Panaskan acuan dengan sedikit minyak, sudukan sedikit adunan ke dalam acuan, masukkan 1 sudu teh jem blueberi dan tutup dengan selapis lagi adunan.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 C selama 10 minit atau hingga masak. Sedia dinikmati.


BAHULU DOUBLE CHOCOLATE CHIP

(Resipi untuk 250 biji)



Bahan-bahan:

48 biji telur ayam
2100 gm gula putih
1 sudu makan gula merah
1900 gm tepung gandum
Sedikit pewarna kuning
100 gm coklat masakan - dicairkan
Chocolate chip secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara membuat:

1. Pukul telur, gula putih dan gula merah hingga kembang.
2. Setelah adunan naik, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
3. Masukkan pewarna kuning. Gaul sebati.
4. Panaskan acuan dengan minyak masak, sudukan sedikit adunan ke dalam acuan. Kemudian masukkan sedikit coklat masakan.
3. Sudukan sedikit lagi adunan sehingga memenuhi acuan. Lakukan hingga habis, tabur chocolate chip di atas bahulu.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 C selama 10 minit atau hingga masak. Sedia dinikmati.

BAHULU COKLAT BADAM

(Resipi untuk 250 biji)



Bahan-bahan:

48 biji telur ayam
2100 gm gula putih
1 sudu makan gula merah
1900 gm tepung gandum
Sedikit pewarna kuning
20 gm badam hancur - dipanggang seketika
100 gm coklat masakan - dicairkan


Cara membuat:

1. Pukul telur, gula putih dan gula merah hingga kembang.
2. Masukkan pewarna kuning dan pukul lagi.
3. Setelah adunan naik, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
4. Panaskan acuan dengan minyak masak, sudukan sedikit adunan ke dalam acuan. Bakar dalam ketuhar bersuhu 200 C selama 10 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan seketika. 
6. Celup bahulu ke dalam bekas berisi coklat cair dan taburkan sedikit badam panggang. Sedia dinikmati.

Selamat mencuba!

 
========================================================================

Kalau anda tengah tercari-cari idea nak mula bisnes tapi tak tahu nak jual produk apa, mungkin tepung premix adalah pilihan yang sesuai! 

Dengan tepung premix, anda boleh hasilkan pelbagai jenis produk seperti kek, roti, atau kuih-muih, yang mudah dijual dan selalu ada permintaan.

Tak perlu risau tentang modal besar atau pengalaman – e-book Bisnes Tepung Premix akan tunjuk kepada anda dari awal hingga akhir, termasuk resipi pun diberi sekali!

Ini peluang untuk anda mulakan bisnes dengan produk yang mudah dan berpotensi tinggi!





Nak tahu lebih lanjut? KLIK SINI!

Nov 18, 2024

Mudahnya Stimbot Di Rumah! Buat Sendiri Je Lagi Sedap dan Puas Makan


Kadang-kadang nak makan stimbot di kedai, besar juga kosnya kalau ramai. Boleh saja buat sendiri di rumah, pilih bahan-bahan yang kebanyakan ahli keluarga suka makan, insya Allah lebih sedap dan puas makan.

Kali ni, Sis sediakan antaranya kubis panjang, sawi pakchoi, tauhu keping, sosej.



Termasuklah segala bebola, telur dan mi segera yang kosong tu. Kuahnya buat 2 jenis, tomyam oden dan sup ayam.

Mudah nak buat stimboat di rumah sebab ada set periuk macam ni. Memang ada 2 slot kuah, bolehlah buat 1 pedas dan 1 tak pedas.

Bahagian gril pun boleh diasingkan terus minyak ke satu bahagian kat tepi tu. Jadi hasil gril lebih sedap dan kurang berminyak.

Boleh dapatkan set periuk stimbot KAT SINI (to be updated). Pilih je nak jenis yang macam mana, ikut kesesuaian dan ruang yang ada.




Mi segera tu memang wajiblah ada. Nak letak yee mi, bihun, suun pun boleh. Kita buat dia, kan. Terpulang nak makan apa. Untuk kuah:

Kuah tomyam/oden: guna pes je. Takde pes, boleh letak kiub tomyam.

Kuah sup: guna kiub ayam, tambah garam dan lada sulah sikit.


Ni menu sampingan. Cendawan kelabu goreng crispy, guna tepung goreng serbaguna. Sedap betul cecah dengan sos Thai. Tip nak crispy, goreng dalam minyak yang panas dan tenggelam. Sekali goreng jangan banyak sangat, nanti cendawan serap minyak jadi lembik. Bancuh tepung ikut arahan kat peket je. Makan panas-panas lepas goreng. Laju anak-anak makan!

Selamat mencuba!


**************************************************************



Kalau anda tengah tercari-cari idea nak mula bisnes tapi tak tahu nak jual produk apa, mungkin tepung premix adalah pilihan yang sesuai! 

Dengan tepung premix, anda boleh hasilkan pelbagai jenis produk seperti kek, roti, atau kuih-muih, yang mudah dijual dan selalu ada permintaan.

Tak perlu risau tentang modal besar atau pengalaman – ebook Bisnes Tepung Premix akan tunjuk kepada anda dari awal hingga akhir, termasuk resipi pun diberi sekali!

Ini peluang untuk anda mulakan bisnes dengan produk yang mudah dan berpotensi tinggi!

Nak tahu lebih lanjut? KLIK SINI! 


Nov 17, 2024

Kari Ayam Lebur Pressure Cooker Manual (Guna Dapur Gas)


Resipi ni guna pressure cooker manual yang guna dapur gas. Mudah saja, tak banyak setting.

Bahan-bahan pun sama je macam kari ayam biasa, bezanya menu ni lebih cepat siap dan ayam jadi sangat empuk dalam masa singkat.


Resipi Kari Ayam Lebur

Bahan-bahan:

1 ekor ayam, dipotong 12 
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
2 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari daging/ayam
2 biji kentang, dibelah dua
1 biji tomato, dibelah dua
2 keping asam keping
1 sudu besar serbuk cili (jika nak pedas)
2 biji cili hijau, dibelah tengah jangan putus
1 senduk minyak masak
Garam, serbuk perasa
Air

Cara masak:

1. Masukkan semua bahan kecuali garam dan serbuk perasa ke dalam pressure cooker.

2. Tambah air hingga separas ayam atau lebih sikit saja.

3. Tutup cooker dengan rapat dan betul.

4. Biar masak hingga keluar stim (berbunyi).

5. Set masa dari masa keluar stim tu selama 10 minit (ayam biasa) atau 20 minit (ayam pencen/kampung). 

6. Tutup api. Keluarkan stim sampai habis dengan sendal tombol stim dengan senduk kayu untuk lebih cepat. Atau boleh tinggal dulu, sebelum nak buka penutup, test tombol ada keluar stim lagi tak.

7. Kalau dah habis stim keluar, boleh pusing penutup dan buka perlahan-lahan. 

8. Boleh tambah garam dan perasa.

*Kari ini versi tanpa santan. Kalau nak masukkan, boleh letak santan krim 1/2 kotak.

*Ayam mudah hancur masak cara ini. Jadi boleh juga ayam dipotong empat supaya tak terlalu hancur.

 Ikut kesukaan. Selamat mencuba!


************************************************************


Kalau anda tengah tercari-cari idea nak mula bisnes tapi tak tahu nak jual produk apa, mungkin tepung premix adalah pilihan yang sesuai! 

Dengan tepung premix, anda boleh hasilkan pelbagai jenis produk seperti kek, roti, atau kuih-muih, yang mudah dijual dan selalu ada permintaan.

Tak perlu risau tentang modal besar atau pengalaman – ebook Bisnes Tepung Premix akan tunjuk kepada anda dari awal hingga akhir, termasuk resipi pun diberi sekali!

Ini peluang untuk anda mulakan bisnes dengan produk yang mudah dan berpotensi tinggi!





Nak tahu lebih lanjut? KLIK SINI! 



















Nov 16, 2024

Ikan Rebus Goreng Sambal Balado Petai


Resipi Ikan Rebus Goreng Sambal Balado Petai

Bahan-bahan:

2 ekor ikan rebus, digoreng
5 biji cili merah*
7 biji cili padi hijau*
1 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
1 mangkuk petai kopek
 1 keping asam keping
Garam, gula, perasa

Cara masak:

1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan petai, garam dan gula.
4. Tuang atas ikan yang digoreng tadi.
5. Sedia dihidang.



*************************


Kalau anda tengah tercari-cari idea nak mula bisnes tapi tak tahu nak jual produk apa, mungkin tepung premix adalah pilihan yang sesuai! 

Dengan tepung premix, anda boleh hasilkan pelbagai jenis produk seperti kek, roti, atau kuih-muih, yang mudah dijual dan selalu ada permintaan.

Tak perlu risau tentang modal besar atau pengalaman – ebook Bisnes Tepung Premix akan tunjuk kepada anda dari awal hingga akhir, termasuk resipi pun diberi sekali!

Ini peluang untuk anda mulakan bisnes dengan produk yang mudah dan berpotensi tinggi!

Nak tahu lebih lanjut? KLIK SINI! 







Petua Ikan Goreng Garing

Petua supaya ikan goreng lebih garing



Salut dengan tepung jagung atau garam/serbuk kunyit, goreng dalam minyak yang betul-betul panas dan banyak. Bila ikan terasa ringan bila diangkat, dah cukup garing dah tu. Sekejap saja.

Nov 10, 2024

Sarapan Autentik Kedah di Niqreesnack Station Puchong

Orang-orang Utara yang rindu nak 'menyorok' peknga cicah gulai, pulut nyok ikan masin, cucoq udang kuah kacang, serabai kuah derian boleh cuba kat Niqreesnack Station, Jalan Jurutera, Puchong.

Peknga dia tebai, banyak nyok. Kuah gulai memang surr la.  


Ni dia gulai ada ikan temenung sekoq.


Ada Nasi Medina. Ala nasi kuning/nasi lemak Royale gitulah. Boleh pilih lauk dan tambah telur dadar. 


Antara menu best sarapan Utara style dulu-dulu. Pulut nyok ngan ikan masin. 


Serabai kuah dereyan pun ada wei.


Coq udang kuah kacang. Recommended.


Ubi kayu rebus. Nak cecah nyok dengan gula perang ada, nak cecah sambai pun ada.


Apam lenggang. Payah jumpa ni. Yang suka, kena try.


Menu lejen. Roti benggali bakar ni dia tak sama macam roti biasa. Dia lagi garing dan ringan. Lagi lembut. Memang sedap gila cecah kuah gulai.

Sis dah follow lama dah kedai ni. Dari zaman dia mula-mula buka lagi. Masa tu menu pun tak banyak macam sekarang. Dah makin maju, dah dijemput ke MAHA, ke WHI tak silap.

Semoga bertambah maju dan sukses memperkenal dan hidang menu asli Utara.

Hangpa yang nak singgah Niqreesnack Station, ni lokasi:

No. 1, Lot 10, Jalan Jurutera, Kg Seri Aman Luar,
Puchong, Selangor

Waktu operasi: 
Rabu - Ahad
Isnin - Selasa (Tutup)

Weekend, memang agak ramai. Jadi ikut je sistem yang kedai dah tetapkan, untuk kelancaran servis dan keselesaan pelanggan lain. Parking pun pandai-pandailah jangan sampai ganggu jiran-jiran sebelah atau jalan.




Sep 14, 2024

Resipi Siakap Masak Sos Pekat Melekat


SIAKAP MASAK SOS





Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap, dibersihkan
3 ulas bawang putih, dicencang
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 saiz ibu jari halia muda, dihiris
1 biji cili merah, dipotong serong
1 biji cili hijau, dipotong serong
3 helai daun limau purut, dicarik
1 batang serai, diketuk
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 keping nanas, dipotong kecil

Cara masak:

1. Gaul ikan dengan sedikit tepung jagung dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas (untuk garingkan ikan).

2. Angkat ikan dan ketepikan. 

3. Asingkan minyak, tinggal secukupnya untuk menumis.

4. Tumis serai, halia, bawang putih dan bawang besar hingga wangi.

5. Masukkan air 1/2 cawan. Tambahkan semua sos, nanas, daun limau purut.

6. Tambahkan lagi 1/2 cawan air kalau terlalu kering.

7. Masukkan cili merah dan hijau. Gaul rata dan tuang sos atas ikan.

Tak perlu dah tambah perasa sebab dalam sos semua dah cukup rasa masam, masin, manis, pedas.

Kalau nak lebih berkuah tapi pekat, tambahkan sos.





Nak lebih meriah dan lebih rasa, boleh tambah buah tomato dipotong dadu dan capsicum (lada benggala).




Kalau nak dimakan kemudian, jangan tuang sos atas ikan dulu. Masa nak makan baru tuang untuk lebih sedap dan ikan kekal garing.


Selamat mencuba!

May 7, 2024

Idea Bekal Sekolah: Nasi Goreng Kambing

Resipi Nasi Goreng Kambing Sempoi


Bahan-bahan:

Nasi sejuk
Patty burger daging kambing jenama Darabif
Bawang merah
Bawang putih kisar Bibik Ekspres
Sos lada hitam Mahsuri
Kicap cair Cap Tamin
Perencah Hilal
Serbuk halia Mak Siti
Daun bawang
Lada sulah
Serbuk lada hitam
Lada hitam kasar
Bawang goreng

Cara:

1. Panaskan minyak, hancurkan daging burger, goreng sampai garing.

2. Masukkan bawang merah dan serbuk halia. Dah layu dan naik bau, masukkan bawang putih. Gaul rata.

3. Masukkan nasi. Gaul sekata. Masukkan kicap cair, sos lada hitam, perencah Hilal, lada sulah, serbuk lada hitam, lada hitam kasar. 

4. Tabur daun bawang, bawang goreng. Siap.




Idea mula bisnes bakeri di rumah. Dapatkan panduannya di sini >>>