May 21, 2025

Kebaikan dan Khasiat Tepung Gandum Penuh (Wholemeal)

Kalau sebut tepung gandum penuh (wholemeal) ni, ramailah orang kurang gemar sebab teksturnya lebih kasar dan 'pahit' pada sesetengah orang.

Tapi itulah, yang kurang sedaplah itulah biasa yang lebih baik untuk kesihatan kita. Mau tak mau, terpaksa mengaku yang itu pilihan yang lebih baik berbanding yang putih-putih ni.

Biasanya rotilah kita buat daripada tepung wholemeal ni. Macam roti Gardenia plastik hijau tu.


Kredit: Facebook Gardenia KL




Beza tepung ni dengan tepung gandum (putih) biasa, tepung wholemeal diperbuat daripada seluruh biji gandum termasuk bran (dedak), germ (embrio) dan endosperm - maka menjadikannya lebih berkhasiat tinggi. Tepung putih tu banyak komponen dah disingkirkan - yang tinggal sebagai khasiat hanya baki sahaja yang kurang mesra untuk kesihatan.


🌾 Kebaikan dan Khasiat Tepung Gandum Penuh

1. Tinggi Serat

  • Membantu penghadaman, mencegah sembelit.

  • Memberi rasa kenyang lebih lama — baik untuk pengurusan berat badan.

2. Sumber Karbohidrat Kompleks

  • Membekalkan tenaga yang lebih stabil.

  • Tidak menyebabkan lonjakan gula darah secara mendadak seperti tepung putih.

3. Kaya dengan Nutrien

Mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral berbanding tepung putih:

  • Vitamin B kompleks (seperti B1, B3, B6)

  • Zat besi

  • Magnesium

  • Zink

  • Antioksidan semula jadi

4. Menurunkan Risiko Penyakit Kronik

Pengambilan bijirin penuh seperti tepung gandum penuh dikaitkan dengan:

  • Mengurangkan risiko penyakit jantung

  • Mengurangkan risiko diabetes jenis 2

  • Menurunkan paras kolesterol jahat (LDL)

5. Membantu Kawalan Berat Badan

  • Serat tinggi membantu mengawal nafsu makan.

  • Mengelakkan makan berlebihan.

6. Indeks Glisemik Rendah

  • Sesuai untuk pesakit diabetes kerana membantu menstabilkan gula dalam darah.


⚠️ Perlu Diingat:

  • Tepung gandum penuh mempunyai tekstur lebih kasar dan rasa lebih "nutty".

  • Ia mengandungi gluten, jadi tidak sesuai untuk individu yang menghidap penyakit seliak atau sensitiviti gluten.


=======================================================================


Belajar bina bisnes bakeri, hanya dari rumah. 




E-book "Panduan Bisnes Bakeri" ini membongkarkan cara dari A sampai Z,

πŸ‘‰ bagaimana anda mampu memulakan Bisnes Bakeri yang berjaya menjana pendapatan tambahan yang konsisten dari rumah anda sendiri 
πŸ‘‰ dengan modal yang minimum.
πŸ‘‰ mengajar cara untuk anda membina sebuah Bisnes Bakeri yang benar-benar berjaya


Antara ilmu yang dikongsikan dalam e-book ini ialah:

πŸ’₯Penerangan SEBENAR cara memulakan & menguruskan Bisnes Bakeri Dari Rumah
πŸ’₯ Formula 2M + 2P yang memudahkan anda kekal bermotivasi sepanjang berbisnes dari rumah
πŸ’₯ Strategi pemilihan produk bakeri yang TERBAIK untuk Bisnes Bakeri anda
πŸ’₯ 4 langkah MUDAH untuk membuka bisnes bakeri dari rumah sendiri
πŸ’₯ Senarai LENGKAP peralatan yang anda perlukan beserta anggaran kosnya
πŸ’₯ Formula TERBAIK untuk menetapkan harga setiap produk bakeri
πŸ’₯ 8 kaedah promosi yang BERKESAN untuk bisnes bakeri anda
πŸ’₯ 5 kesilapan NGERI yang perlu dielakkan dalam bisnes bakeri
πŸ’₯ 9 cabaran bisnes bakeri & cara TERBAIK untuk tanganinya
πŸ’₯ Dan 10 tips PENTING untuk hasilkan produk bakeri yang sangat berkualiti!



Inilah masa terbaik untuk anda memulakan langkah "kanan" membina sebuah Bisnes Bakeri dari rumah yang berjaya.

Pelajari semua ilmu yang anda perlukan dengan e-book Bisnes Bakeri >> KLIK DI SINI SEKARANG!


Wordless Wednesday: Nasi Kerabu Ikan Celup Tepung, RT Corner Puchong Prima






Resipi Sotong Kunyit, Telur Dadar Bawang , Taugeh Kucai Kicap


Sotong kunyit ni, kalau tak kena teknik memasak dia, tak menjadi jugak. Sis pun banyak kali jugak fail. Tapi sejak guna 1 bahan ni, insya Allah menjadi herlok πŸ˜‹

Sotong Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

1 mangkuk sotong
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 biji bawang besar kuning (bawang Holland), hiris bulat
2 ulas bawang putih, dicencang
1 biji cili hijau, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
Garam, secukup rasa
Serbuk perencah Hilal
Serbuk halia secubit

Cara masak:

1. Basuh dan toskan sotong.
2. Gaul sotong dengan garam, tepung jagung dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak hingga betul-betul panas, masukkan sotong.
4. Kacau-kacau. Goreng hingga sotong hampir garing (dah kekuningan).
5. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili hijau, cili merah, serbuk perencah, serbuk halia. 
6. Kacau rata hingga semua bahan layu. 
7. Boleh tabur hirisan daun sup untuk lebih beraroma.



Sis gu kan menu ni dengan telur dadar bawang dan tauge kucai goreng.


Telur dadar ni kira champion la ni nampak bentuk πŸ˜† biasanya bentuk sel haiwan! Kahkah 

Pecahkan telur, letak serbuk perencah Hilal dan hirisan bawang besar (pastikan hiris nipis baru sedap dan manis). Goreng pakai minyak belen goreng ikan. Sedap oo



Sayur senang, sedap, berkhasiat, kaya fiber. 

Tumis bawang putih 1 ulas, humban fish cake, kacau-kacau. 

Masukkan kucai, gaul rata. Masukkan taugeh. Taruk kicap manis sikit agak-agak basah je. Letak perencah Hilal sikit. Kucai taugeh dah layu, tutup api. Kalau suka crunchy taugeh, lepas letak kicap tu boleh tutup api dah.




=============================================================

Dah lama duduk rumah, rasa nak cari duit sampingan tapi tak tahu nak mula dari mana? 

Dengan bisnes tepung premix, anda boleh mulakan perniagaan dari dapur sendiri! 





Resipi mudah, tak perlu modal besar, dan boleh buat masa lapang. 

Nak tahu lebih lanjut --
πŸ‘‰ cara nak sediakan tepung premix? 
πŸ‘‰ kelebihan menggunakan tepung premix?
πŸ‘‰ 5 resipi biskut guna tepung premix?
πŸ‘‰ 12 resipi kuih-muih tepung premix?

>> KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN E-BOOK


Pecal Ekspres Guna Bahan yang Ada Di Rumah Aje


Menu ala pecal tapi tak cukup bahan. Apa yang ada sajalah janji kuah pecalnya sedap! 😁


Sis bakar tofu pok (tofu goreng) dalam air fryer. Sekejap jelah nak bagi crispy. Potong dua siap-siap sebelum bakar.

Rebus telur. Potong empat. Rebus dalam air boleh. Tak nak renyah dengan air, masuk je 4 biji telur dalam air fryer, set 120'C, 20 minit. Ini setting air fryer Sis lah (brand Phillips). Dia tak keras sangat, kalau nak betul hard boiled, kena lebihkan time (30-35 mins).

Telur separuh masak tu terjadi sebab tak pandai lagi setting timer air fryer. Dah pecahkan, makan ajelah letak kicap, lada sulah. Haha

Hiris/sagat timun halus-halus.



Yang specialnya, kuah pecal tu. Sis ada 2 versi. 

Satu dibeli kat pasar tani masa nak raya lepas. Bancuh dengan air panas. Oklah dia kurang pedas, anak-anak pun boleh makan. Satu lagi, mak sedara proses sendiri, anak-anak sedara bertuah ni tinggal bancuh dengan air panas je πŸ˜„

Of course lah yang mak sedara punya lagi sedap, ada rasa cekur, lebih pedas dan lebih 'rasa'. Makna kata lebih sesuai selera. Tapi itulah mak sedara tak buat selalu. Kalau ada, rezekilah tu. Tahan je simpan dalam peti sejuk. Kadang tu kitorang tabur atas bihun ke nasi ke, ratah gitu je tak bancuh dengan air panas pun. Sedap crunchy, pedas, masam, masin.



Nak lagi sedap, boleh makan dengan nasi himpit/bihun celur. Tauhu basah goreng, tempe goreng lagi sedap uiiii! Ulam boleh tambah lagi sengkuang, pucuk ubi, kangkung, taugeh. Tapi itulah, Sis ada timun ni je. Jadilah.


===========================================================

Kalau anda tengah tercari-cari idea nak mula bisnes tapi tak tahu nak jual produk apa, mungkin tepung premix adalah pilihan yang sesuai! 





Dengan tepung premix, anda boleh hasilkan pelbagai jenis produk seperti kek, roti, atau kuih-muih, yang mudah dijual dan selalu ada permintaan.


Tak perlu risau tentang modal besar atau pengalaman – ebook Bisnes Tepung Premix akan tunjuk kepada anda dari awal hingga akhir, termasuk resepi pun diberi sekali!

 Ini peluang untuk anda mulakan bisnes dengan produk yang mudah dan berpotensi tinggi!


Nak tahu lebih lanjut? 

 >> KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN


Menu Cepat Lazat: Sawi Sos Tiram dan Ikan Saba Mackerel Gril


Menu sesuai untuk makan malam, untuk yang kalut baru balik kerja atau nak buat bekal - masak pagi-pagi, ha ini menu cepat, lazat, berkhasiat.

Sawi Masak Sos Tiram

Bahan-bahan:

1 ikat sawi
1 pek tofu telur
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
Secubit lada hitam

Cara masak:

1. Potong tofu telur, salut dengan tepung jagung. 
2. Goreng hingga kekuningan. 
3. Angkat dan toskan.
4. Tumis bawang putih hingga garing. 
5. Masukkan batang sawi dan air (sikit je untuk kuah).
6. Masukkan sos tiram, garam dan lada hitam.
7. Masukkan daun sawi. Kacau hingga daun masak (jadi hijau gelap). 
8. Masukkan tofu telur yang digoreng tadi. 
9. Kacau-kacau sikit. Tutup api.



Saba Mackerel Gril

Bahan-bahan:

Ikan saba mackerel frozen (filet)
Garam secubit
Lada hitam secubit
Minyak 1 sudu kecil (optional)

Cara masak:

1. Ikan dinyahbeku dan dibilas kejap. 
2. Lap ikan dengan tisu dapur. Gaul ikan dengan garam, lada hitam.
3. Panaskan non-stick pan. 
4. Letak minyak, ratakan pada kuali.
5. Gril ikan. Letakkan kulit di bahagian bawah dulu supaya kulit garing.
6. Balik-balikkan ikan hingga masak.
7. Siap dihidang panas-panas.



Sekian menu ringkas hari ini πŸ˜‹


======================================================



Rahsia Buat Duit Dari Rumah, dengan Tepung Premix!


Apa kelebihan menjual Tepung Premix ini?
Dengan kelebihan-kelebihan inilah, saya nampak, menjual tepung premix ini bukan sahaja memudahkan saya sebagai peniaga, malah, ia juga memberikan banyak kelebihan dan nilai tambah kepada pembeli!

Nak tahu lebih lanjut? Boleh dapatkan e-book Bisnes Tepung Premix ini :






Ready to Cook (RTC) Barramundi/Siakap Siap Sos, dari Gohmey

Suami Sis ok je makan ikan cuma takdelah 'fan' ikan macam Sis, yang kalau diberi pilihan pi kedai nasi campur - mesti ambik lauk ikan.

Nak bagi dia makan lebih banyak ikan, ye lah takkan asyik ayam, daging, seafood aje, kena pastikan guna filet ikan atau ikan yang tak banyak tulang.

Jadi dia prefer beli ikan frozen macam dori ke, succhi ke, talapia, halibut yang dah siap dibuang tulang.

Baru ni kitorang terjumpa barramundi (siakap) filet frozen kat super market. Siap dengan sos nya sekali. Oh mudah kerjaaaa

Jadi kita belilah nak cuba.

Beli 2 pek dengan sos yang berbeza.

Ini barramundi dengan bean paste sauce. Sis tertarik nak cuba sebab nak tau apa rasa sos tu. dalam BM nya dia tulis sos kacang. Rasa apa eh?






Dah buka, masak - ohhh masak taucu la u ols. Haha

Engko pun translate sos kacang... apooooo



Ni hah rupanya tapi terlebih air pulak jadi cair pulak sosnya. Tapi oklah not bad. Ini versi ikan stim. Itu yang cantik kejadiannya tu.

1 pek lagi, barramundi with portuguese style grilled fish sauce.





Ikannya Sis bakar. Udah sos nya untuk ikan bakar kan. Tapi itulah, apa kejadahnya ikan melekat kat kuali, habih hancur. Geram bethol. Tapi oklah sosnya pun not bad. 

Sebenarnya terpulang kitalah nak makan ikannya macam mana. Kukus/stim, panggang, bakar, goreng. Ikut kita punya preference.

Sosnya panaskan sekejap dan boleh makan.

1 pek bolehlah untuk 1-2 orang makan.

Sesuailah kalau camping ke, travel ke, makan sendiri-sendiri ke.

Sis bakar kepak ayam juga hari tu, sambil-sambil masak ikan tu. Alah kepak ayam Kewpie mayo + sos tiram + black pepper macam Khairulaming biasa buat tu.

Cepat dan sedap.


Last sekali, bayam bening dengan fishcake. Settle makan malam. Alhamdulillah.




May 19, 2025

Nasi Lemak Tempe

Sesekali makan nasi lemak dengan tempe goreng, uh sedap juga.

Lagi digoreng garing gini.

Tempe boleh jadi sumber protein, cuma bila dah digoreng ni kurang/hilang sumber probiotiknya. Katanya itu kena makan tempe mentah. Huhu



Bilis kacang Sis tak ambik sebab macam banyak kepala bilis daripada badan. Hihi

Kacangnya pulak ala lemau maka tak mengapalah. 

Customer ambik sendiri semua condiment nasi lemak tu. So pandai-pandailah.


May 9, 2025

Idea Bekal Sekolah: Versi Goreng-goreng Ringkas

Tak pernah putus idea ke nak buat bekal anak, Sis?

Mestilah pernah. Mustahil takde hari yang blur dan taktau nak bekalkan apa lagi kat depa ni, tapi--

Insya Allah apa yang ada, Sis usahakan.

Ada kuetiau, jadilah kuetiau goreng. Tambah telur mata. Sandwich tu untuk anak rehat kedua sebab ada ko-kurikulum.


Bihun goreng putih, versi ekstra. Kadang-kadang ada kawan tumpang makan. Kadang-kadang anak sendiri kata tak cukup. Nah, penuh bekal Sis isikan.



Nasi goreng pataya. Satu je menjadi, satu lagi sedihhhh. Tak berjaya nak dadarkan telur tu sudahnya jadi telur hancur. Hantam sajalah labu...

Dalam plastik tu ada jemput-jemput. Saja rajin buat ekstra bekal.


Nasi putih, ayam kicap. Ah menu senang dan cepat. Sandwich telur mata untuk sarapan - makan dalam kereta on the way ke sekolah.


Mi telur goreng kicap dengan nuget ayam. Nuget tu sekelip mata habis katanya kawan pun ambik makan. Huhu udahlah 2 ketul je ada. Takpelah.


Korang kalau nak cari bekas untuk bekal anak, boleh tengok ni. Comel bangatttt!


Stainless steel, boleh kekal panas lama sikit. Siap ada sudu dan garpu sekali. 


Sup Melayu ke Siam?


Kalau ada ikan merah, Sis suka buat sup. Kadang-kadang buat gulai - sedap jugak.

Kali ni saja buat sup, nak bagi anak yang dok batuk-batuk tu hirup panas-panas.

Sis kalau buat sup, memang suka humban macam-macam, biasanya penuh sayoq la, so tak payah masak sayoq lain dah.

Asalnya nak buat clear soup tapi macam tak jadi. Rasa macam tak 'sampai'. Dah tumis 4 sekawan, bawang putih, halia apa semua. Dah boh ubi kentang, carrot. Kira dah boleh jadi sup melayu la kan.

Sekali, pi tambah jus limau nipis, tauk cabai melaka - terus jadi sup siam. Haha





Ala, kita yang buat dia, kita yang nak makan. Tak kisahlah sup versi apa pun, alhamdulillah tetap sedap, habih licin juga!

Kalau tak pandai masak, takpe, boleh belajar. Yang penting rajin dan suka mencuba.

Bolehlah selak-selak buku Belajar Memasak ni, ada langkah demi langkah gambar untuk masak satu-satu hidangan, walaupun yang mudah. Sesuailah untuk anak-anak yang baru nak belajar masak.

 Siri 1


Siri 2


Ada dua siri, 1 dan 2. Ditulis oleh Chef Norzailina Nordin, terbitan Karangkraf.



Nasi Lemak Ayam Goreng Crispy

Biasa kami sampai awai, kedainya pun tak habis set up lagi. Tapi, boleh lah kalau nak ambik nasi lemak biasa, lontong cuma lauk-pauknya masih tengah masak.

Kami suka juga sarapan kedai ni sebab tenang, awai orang tak ramai lagi. Dan paling penting sedap, especially sambal nasi lemak tu. 


Kali ni pi tengok dah ada ayam goreng crispy, menggiurkan betol. Ambiklah seketui sorang. Hehe



Satu lagi, kedai ni ada paru crispy, betui punya crispy. Sesekali Sis ambik juga. Rangup namati macam keropok.

Lauk-pauk dia untuk nasi berlauk dan makan tengah hari pun boleh tahan juga. Bila time lunch tu ramai jugaklah. Nasi beriani pun dia ada juga. Biasa juga beli kalau teringin. Beriani dia pun sedap.

Melati Beriani House
Prima Walk, Puchong Prima
(sebelah Nasi Ayam Malaya, 99 Speedmart, Maybank Puchong Prima)







Idea mula bisnes bakeri di rumah. Dapatkan panduannya di sini >>>

May 8, 2025

Sarapan Style Terengganu: Nasi Minyak & Laksa

Kalau teringin sarapan style Terengganu, boleh singgah gerai Makang Sedak, Puchong.


Antara menu yang ada:

Nasi dagang ayam
Nasi dagang ikan
Nasi minyak ayam
Laksa kuah putih
Laksa kuah merah
Keropok lekor

Dah beberapa kali jugak Sis makan sini. Setakat ni alhamdulillah semua sedap.


Ni nasi minyak ayam dan laksa kuah putih.

Laksa beras, kuah agak pekat penuh isi ikan. Terasa pedas manja je ada lada hitam, tambah sambal tu pulak memang ngam. Tapi kalau anak-anak nak makan pun ok ni. Tak payah letak sambal tu lah.

Gerai ni buka untuk sarapan, maybe sampai tengah hari kot. Tutup hari Selasa.

Makang Sedak
Medan Selera MBSJ Puchong Permai

May 3, 2025

Nasi Goreng Ikan

Menu sarapan sempoi bila ada baki ikan goreng semalam.

Sis memang feveret nasi goreng ikan. Perisi isi ikan, kalau rajin, tumbuklah dengan bawang cabai. Tapi tak rajin kita ramas ramas je kasi halus.

Tumis ni ekspres je guna ibu sambal yang memang dok ada kat rumah ni.

Pecah telur sebiji. Gaul gaul settle.




Tabur sikit bawang goreng, daun bawang.