Jun 9, 2025
BBQ Simple: Kambing, Ayam dan Sosej Gril dan Mi Sanggul Goreng
Idea Bekal Ringkas Anak Sekolah



May 21, 2025
Kebaikan dan Khasiat Tepung Gandum Penuh (Wholemeal)
Kalau sebut tepung gandum penuh (wholemeal) ni, ramailah orang kurang gemar sebab teksturnya lebih kasar dan 'pahit' pada sesetengah orang.
Tapi itulah, yang kurang sedaplah itulah biasa yang lebih baik untuk kesihatan kita. Mau tak mau, terpaksa mengaku yang itu pilihan yang lebih baik berbanding yang putih-putih ni.
Biasanya rotilah kita buat daripada tepung wholemeal ni. Macam roti Gardenia plastik hijau tu.
Beza tepung ni dengan tepung gandum (putih) biasa, tepung wholemeal diperbuat daripada seluruh biji gandum termasuk bran (dedak), germ (embrio) dan endosperm - maka menjadikannya lebih berkhasiat tinggi. Tepung putih tu banyak komponen dah disingkirkan - yang tinggal sebagai khasiat hanya baki sahaja yang kurang mesra untuk kesihatan.
🌾 Kebaikan dan Khasiat Tepung Gandum Penuh
1. Tinggi Serat
-
Membantu penghadaman, mencegah sembelit.
-
Memberi rasa kenyang lebih lama — baik untuk pengurusan berat badan.
2. Sumber Karbohidrat Kompleks
-
Membekalkan tenaga yang lebih stabil.
-
Tidak menyebabkan lonjakan gula darah secara mendadak seperti tepung putih.
3. Kaya dengan Nutrien
Mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral berbanding tepung putih:
-
Vitamin B kompleks (seperti B1, B3, B6)
-
Zat besi
-
Magnesium
-
Zink
-
Antioksidan semula jadi
4. Menurunkan Risiko Penyakit Kronik
Pengambilan bijirin penuh seperti tepung gandum penuh dikaitkan dengan:
-
Mengurangkan risiko penyakit jantung
-
Mengurangkan risiko diabetes jenis 2
-
Menurunkan paras kolesterol jahat (LDL)
5. Membantu Kawalan Berat Badan
-
Serat tinggi membantu mengawal nafsu makan.
-
Mengelakkan makan berlebihan.
6. Indeks Glisemik Rendah
-
Sesuai untuk pesakit diabetes kerana membantu menstabilkan gula dalam darah.
⚠️ Perlu Diingat:
-
Tepung gandum penuh mempunyai tekstur lebih kasar dan rasa lebih "nutty".
-
Ia mengandungi gluten, jadi tidak sesuai untuk individu yang menghidap penyakit seliak atau sensitiviti gluten.
Pelajari semua ilmu yang anda perlukan dengan e-book Bisnes Bakeri >> KLIK DI SINI SEKARANG!
Resipi Sotong Kunyit, Telur Dadar Bawang , Taugeh Kucai Kicap
>> KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN E-BOOK
Pecal Ekspres Guna Bahan yang Ada Di Rumah Aje
>> KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN
Menu Cepat Lazat: Sawi Sos Tiram dan Ikan Saba Mackerel Gril
Rahsia Buat Duit Dari Rumah, dengan Tepung Premix!
- 👉Lebih Mudah dan FleksibelTepung premix ini memudahkan pelanggan untuk menyediakan kuih pada bila-bila masa yang sesuai dengan mereka. Mereka boleh menyimpan tepung premix ini dan menggunakannya ketika perlu, ini menjadikan produk tepung premix sangat praktikal dan berguna dalam pelbagai situasi.
- 👉Keuntungan Yang Lebih BerbaloiKos untuk menghasilkan tepung premix ini lebih rendah berbanding kos membuat kuih siap. Ini membolehkan saya menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pelanggan, dan dalam masa yang sama, masih lagi dapat untung yang baik.
- 👉Tidak Mudah RosakTepung premix boleh disimpan lebih lama berbanding kuih yang sudah siap. Jadi saya tidak begitu rasa tertekan seperti mana ketika menjual kuih , yang mana, kalau kuih tak habis dijual.. saya akan rasa stress sangat sebab kuih tersebut terpaksa dibuang atau disedekahkan.
- 👉Bebas Masa Dan Kurang Tekanan KerjaMembuat tepung premix ini saya boleh buat bila-bila masa saya free. Tidak seperti kuih yang mana, saya kena buat kuih itu pada tempoh yang tertentu.. Contohnya, kalau pelanggan nak kuih waktu sarapan, maka saya perlu buat kuih tersebut dan siapkan ia sebelum pukul 7 pagi pada hari tersebut.
- 👉Peluang Untuk Mencapai Lebih Ramai PelangganTepung premix ini bukan sahaja boleh dijual kepada golongan pengguna yang ingin menyediakan sendiri kuih di rumah, malah, ia juga boleh dijual kepada golongan peniaga kecil yang lain yang ingin menjimatkan masa membuat kuih yang sedap.
- 👉Penghantaran Yang Lebih MudahTepung premix lebih mudah dibungkus dan dihantar berbanding kuih siap. Ini menjadikan proses penghantaran tepung premix ini lebih mudah dan kurang berisiko, tidak seperti kuih siap yang memerlukan cara pengendalian dan penghantaran yang sedikit rumit.
- 👉Mengurangkan PembaziranSaya dan tak perlu risau lagi tentang kuih yang mungkin tidak terjual pada hari itu dan perlu dibuang. Tepung premix boleh disimpan dengan baik dan digunakan bila-bila masa, jadi, ia sangat membantu dalam mengurangkan pembaziran.
- 👉Memberikan Pelanggan PilihanDengan tepung premix, pelanggan juga boleh menyesuaikan kuih mereka mengikut cita rasa mereka sendiri, iyalah selera setiap pelanggan ini berbeza-beza, kadang ada yang suka manis banyak dan ada pula yang suka pedas banyak. Jadi mereka boleh adjust sendiri sewaktu buat kuih itu sendiri.
- 👉Menyenangkan Pelanggan Yang SibukGolongan ibu-ibu yang bekerja, memang suka sangat dengan tepung premix ini sebab ia memudahkan mereka menyediakan kuih yang sedap dengan cepat dan mudah!
Ready to Cook (RTC) Barramundi/Siakap Siap Sos, dari Gohmey
May 19, 2025
Nasi Lemak Tempe

May 9, 2025
Idea Bekal Sekolah: Versi Goreng-goreng Ringkas




Sup Melayu ke Siam?
Nasi Lemak Ayam Goreng Crispy
May 8, 2025
Sarapan Style Terengganu: Nasi Minyak & Laksa
