Jun 19, 2023

Petua Hilangkan Bau Hanyir Ayam

 Petua/Cara Hilangkan Hanyir Ayam

1. Tepung Gandum


Foto: Sinar Daily



Masukkan beberapa sudu tepung gandum dan gaul dengan ayam. Cuci dan bilas bersih. Toskan.

2. Limau nipis

Foto: New Malaysian Kitchen


Perah beberapa biji limau pada ayam, gaul rata. Kemudian bilas bersih sebelum digunakan. Limau dapat meningkatkan rasa pada ayam dan membuatkan ayam yang disimpan tahan lebih lama.

3. Nanas

Foto: Sajian Sedap - Grid ID


Parut nanas, gaul rata pada ayam. Biarkan selama 1 jam dalam peti sejuk (chiller), bolehlah dimasak.

4. Halia

Foto: Pa&Ma


Gaul parutan halia pada ayam. Enzim pada halia membantu menghilangkan bau hanyir dan menjadikan ayam cepat empuk bila dimasak.

5. Air paip bertapis

Foto: Bio Pure


Sebelum dimasak atau disimpan, cuci bersih celahan bahagian ayam (biasanya di kepak), buang lebihan darah beku (biasanya di rusuk/thigh) dan bulu ayam jika ada. 


======================================================================

Suka makan sambal tapi malas nak tumbuk-tumbuk cili?

Nak blend cili pun malas juga?

Tapi setiap kali makan nak kena ada sambal...

Cedok cedok je sambal yang dah siap ni!

Ada banyak jenis, boleh tukar hari-hari!



KOMBO SAMBAL ITAM


Sambal hitam

Sambal penyet

Sambal ijo

Sambal ketuk


NAK CUBA, BOLEH TEKAN LINK INI >> BELI SAMBAL <<

Jun 11, 2023

Bihun Kari Ikan

Pernah tak makan bihun dengan kari ikan?

Biasa makan dengan kari ayam, daging atau bebola je kan.

Nin dia resipi sempoi Kakak, saja tukar selera.

Sedap ke?

Bolehlah mengikut tekak Kakak, sebab Kakak memang suka makan ikan. Hehe


BIHUN KARI IKAN


Bahan-bahan:

Ikan tenggiri/jenahak/merah, 1-2 keping
Bawang besar, 1 biji,  dihiris
Bawang putih, 2 ulas, dihiris
Rempah kari ikan, 1 peket, dibancuh air dijadikan pes
Rempah tumis ikan, 1/2 sudu kecil
Daun kari, 2-3 batang
Tomato, 1 biji, cencang kasar
Pes asam jawa, 1 sudu kecil
Garam
Sawi, dicelur
Bihun, dicelur

Cara masak:

1. Panaskan minyak, tumis rempah ikan, bawang hiris, daun kari hingga naik bau harum.
2. Masukkan pes serbuk kari, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, tomato, pes asam jawa, garam. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan. Dah mendidih, ikan dah masak, boleh tutup api.

Cara hidang:

Masukkan bihun dan sawi celur ke dalam mangkuk. Masukkan kuah kari dan kepingan ikan ke atas bihun. Kalau suka boleh tambah tauge, tauhu kering, cili merah atau cili padi.

Kalau nak tambah pedas, boleh tabur Sambal Bawang Bilis (Balis) rangup ni. Lagi terangkat!



Apa yang best Sambal Balis (Bawang Bilis) ni?

++ Ikan bilis dikopek bersih
++ Ikan bilis Langkawi digoreng garing
++ Diadun dengan bawang goreng
++ Dipek dalam bungkusan kemas, boleh diseal lepas dibuka untuk tahan lama

Nak order?




Jun 8, 2023

Cara Mudah Buat Sos Perang (Brown Sauce)

Sos perang biasa dimakan dengan daging, ayam atau sayur-sayuran. 

Satu cara mudah nak sediakan, begini.


RESIPI SOS PERANG (BROWN SAUCE)

Kredit foto: RecipeTin Eats


Bahan-bahan:

Tulang lembu

Pes tomato

Tepung gandum

Stok daging atau air rebusan tulang/daging

Batang saderi

Lobak merah

Bawang besar

Garam

Gula

Lada sulah


Cara masak:

1. Campurkan tulang lembu panggang dengan pes tomato.

2. Masukkan tepung gandum dalam ketuhar, panaskan hingga perang.

3. Masukkan tulang lembu tadi ke dalam periuk yang berisi stok atau air rebusan tulang.

4. Tambahkan juga hirisan batang saderi, lobak merah dan bawang besar.

5. Didihkan beberapa jam hingga jadi pes sos perang pekat.

6. Tambahkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.

7. Sos perang sedia digunakan.


Untuk melihat satu lagi resipi sos perang, langkah demi langkah, DI SINI.

Untuk mencuba sos perang gaya Cina, DI SINI



Jun 6, 2023

Nasi Goreng U.S.A (Udang, Sotong, Ayam)

Nasi goreng USA yang kita biasa makan di kedai tomyam, versi nasi goreng dengan daging masak merah dan telur mata.

Tapi USA yang versi ni, Kakak guna udang, sotong, ayam (kan USA tu?)

Ada 3 elemen dalam nasi goreng ni: nasi goreng, udang-sotong-ayam masak merah atau paprik dan telur mata.

Ini cara marhaen, cara Kakak masak kat anak-anak. Nasi goreng tu bebas je nasi goreng style apa pun, tapi biasanya yang putih-putih je sebab nak ngam dengan masak merah tu.


NASI GORENG U.S.A (UDANG, SOTONG, AYAM)

(1) Nasi goreng


Bahan-bahan dan cara masak:

Nasi sejuk
Isi ayam
Bawang besar, ditumbuk
Bawang putih, ditumbuk
Kacang panjang
Lobak merah
Lada hitam berperisa
Lada sulah
Sos ikan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan ayam. Kacau rata sampai ayam masak.

2. Masukkan kacang panjang, lobak merah.

3. Masukkan nasi dan semua perasa.

4. Gaul rata. Siap.


(2) Udang, sotong, ayam masak merah / paprik


Bahan-bahan dan cara masak:

Udang, dicelur
Sotong, dicelur
Ayam, dicelur
Bawang besar
Bawang putih
Serbuk halia
Serbuk cili
Sos tiram
Sos ikan
Saus manis ABC
Kacang panjang
Jagung muda
Tomato
Daun limau purut
Cili merah
Cili padi hijau
Air

1. Tumis bebawang, serbuk halia dan pes cili (serbuk cili + air). Masukkan ayam, udang, sotong, air rebusan ayam.

2. Masukkan kacang panjang, jagung muda, lobak merah, sos tiram, sos ikan, saus manis.

3. Masukkan udang, sotong, cili merah, cili padi, daun limau purut, tomato.

4. Dah mendidih, sayur lembut, tutup api.


(3) Telur mata


Ni senang je kan? Ha pandai-pandailah korang goreng ikut yang korang suka. Hehe

Lepas tu plating la cantik-cantik macam kat kedai tomyam tu. Letak daun salad ke, timun ke. 

Nak tambah sambal pun boleh. Kalau malas nak buat sambal sendiri, ha beli jelah yang sedia dimakan ni.



Kombo ni ada Sambal Penyet, Sambal Itam, Sambal Ijo dan Sambal Ketuk.

Pilihlah nak makan nasi goreng USA ni dengan sambal yang mana satu.

Boleh terus order sambal dengan KLIK DI SINI




Jun 4, 2023

Menu Sihat: Pindang Ikan Kerisi

Selain menyihatkan, menu pindang juga senang disediakan dan cepat dimasak.

Jom cuba pindang ikan kerisi.


PINDANG IKAN KERISI



Bahan-bahan:

Ikan kerisi, 2-3 ekor, dibersihkan
Bawang merah, 2 biji, dihiris
Serai, 1 batang, dititik
Lobak putih, 1/4 batang, dipotong
Kunyit hidup, 1/2 inci, dihiris halus
Serbuk kunyit, 1/2 sudu kecil
Tomato, 1 biji, dibelah empat
Asam keping, 2-3 keping
Cili padi, 2-3 biji, diketuk
Garam

Cara masak:

1. Masukkan air dalam periuk. 
2. Masukkan bawang, serai, lobak putih, kunyit hidup, serbuk kunyit, asam keping ke dalam air tadi.
3. Rebus hingga mendidih. Masukkan garam.
4. Masukkan ikan dan tomato.
5. Ikan dah masak, boleh tutup api.

Boleh dihidang dengan nasi segenggam, sayur dan telur. Nak add on sambal sesudu besar pun boleh.




Nak order sambal gesek?

Jun 3, 2023

Fungsi Tepung Protein Tinggi dan Kelebihannya dalam Pembuatan Roti

Tepung ada pelbagai jenis. Untuk membuat roti khususnya, perlu tepung yang sesuai supaya roti lebih sedap dan 'menjadi'.


Kredit foto: Che Nom

Biasanya untuk membuat roti, tepung berprotein tinggi digunakan. Kenapa ya?

Kelebihan tepung ini adalah: 

  • ia mengandungi gluten (bahan yang membantu doh roti lebih elastik dan kenyal)
  • memudahkan kerja menguli roti
  • daya anjalnya lebih tinggi dan lebih sempurna sekiranya diadun dengan yis

Kredit foto: Harian Metro

Tepung untuk roti biasanya memerlukan kandungan protein antara 11% hingga 12.5%. 

Roti kalau dimakan dengan dendeng, sedap juga.

Boleh cuba Dendeng Daging Mertua Sambaleena.




  • 1 pek boleh makan untuk 2-3 orang.
  • Dipek dengan menggunakan teknologi retort (tahan lebih lama dan selamat).
  • Daging yang sangat lembut.




Ramuan Dendeng Daging Mertua:

Daging, bawang merah, bawang putih, cili kering, serai, daun pandan, kicap.

Tahap kepedasan: 2/6 



UNTUK ORDER, BOLEH KLIK DI SINI.

Jun 2, 2023

Cara Menghilangkan Hamis Daging

Daging, kalau tak dicuci bersih untuk hilangkan bau hamisnya, nanti bila masak aromanya jadi kurang sedap.



Kredit foto: Ayam Kita


Jadi cuci bersih-bersih dulu sebelum dimasak.

Cara nak hilangkan hamis daging, senang je.

Sediakan air kelapa muda je.




Kredit foto: mstar



Langkah-langkahnya:

1. Cuci daging dengan air bersih.

2. Masukkan air dalam kuali.

3. Masukkan daging tadi.

4. Masukkan air kelapa muda. Rebus hingga empuk atau separuh empuk, ikutlah kita nak masak apa.


Lepas tu, bolehlah masak seperti biasa. 

Apa menu daging yang korang suka?

Daging masak kicap

Kari daging

Kurma daging

Nasi daging

Daging bakar

Daging rebus air asam

Semua sedapkan tapi kadang-kadang malas pulak nak masak.

Tak apa. Ada hidangan daging yang dah siap masak, boleh terus makan je!


 Dendeng Daging Mertua, Rendang Daging Abah, Sambal Daging Opah

Dendeng Daging Mertua, Rendang Daging Emak, Sambal Daging Opah


Cara-cara nak hidangkan Kombo RTE ni:

Cara 1: 
Didihkan air dan rebus peket daging 5 minit. Angkat, koyak pek dan terus makan.

Cara 2: 
Koyak peket, tuang isi dalam mangkuk, panaskan dalam microwave.

Cara 3: 
Masa masak nasi, boleh letak pek atas nasi lepas dah kering/masak. Pastikan pek dibasuh dulu.

Cara 4: 
Koyak peket, tuang isi dalam mangkuk, boleh terus makan.

Boleh makan dengan nasi, pulut, ketupat, lempeng, bubur, roti... apa pun boleh!

Senang dibawa travel juga. Nak standby di ofis pun okey sangat kalau ada hari malas atau tak sempat keluar lunch.


Nak order? 

>>   KLIK DI SINI   <<


Jun 1, 2023

Masak Lemak Ikan Talang Kering dengan Nanas

Ikan talang kering antara ikan kering yang Kakak suka. Isinya sedap, tulangnya pun sedap kalau dibuat kari atau masak lemak.

Antara menu yang Kakak paling suka, nin dia Masak Lemak Ikan Talang Kering dengan Nanas.

Senang ja nak buat dia hangpa. Macam biasa, Kakak bagitau bahan-bahan dan cara masak saja, sukatan hangpa agak-agak la nah.


MASAK LEMAK IKAN TALANG KERING DENGAN NANAS


Bahan-bahan:

Ikan talang kering, dibersihkan dan ditos. (Kalau ketulan besar, potong kecil sikit).
Nanas, dihiris
Bawang besar, 1 biji, dikisar
Bawang putih, 1 ulas, dikisar
Kunyit hidup, 1/2 inci, dikisar - ganti dengan serbuk kunyit pun boleh, 1 sb
Cili padi, terpulang nak pedas macam mana
Santan, 1 kotak
Garam
Daun kunyit, kalau ada

Cara masak:

1. Rebus ikan kering sekejap. 
2. Masukkan bahan kisar. Kacau sebati.
3. Hampir mendidih, masukkan nanas.
4. Kecilkan api, masukkan santan, daun kunyit, garam.
5. Kacau-kacau supaya tak pecah minyak.
6. Dah mendidih, tutup api. Siap.

*Hati-hati dengan garam, sebab ikan kering dan sedia masin.
*Gula dan asam keping tak perlu sebab nanas dah beri rasa manis dan masam.
*Ikan kering boleh direndam dahulu untuk kurangkan masin.





Masak lemak ni, kalau makan dengan sambal lagi terangkat!

Nah, boleh cuba makan dengan Sambal Penyet, Sambal Gesek, Sambal Ijo atau Sambal Ketuk.




Nak dapatkan Kombo Sambal ni, boleh terus KLIK SINI untuk order.