Jul 28, 2023

Menu Sihat Sayur Goreng Campur dengan Telur, Ratah Saja Pun Sedap

Sayur campur goreng adalah antara menu yang paling senang nak masak, boleh makan dengan kebanyakan menu utama.

Sis suka masukkan protein sekali dalam tu macam telur, tauhu, tauhu goreng untuk menambah khasiat.

Ratah saja pun sedap.





Sayur Goreng Campur

Bahan simple:

Carrot, kubis bunga, sweet pea
Telur
Bawang putih rangup

Cara terpaling senang:

Panaskan minyak, goreng telur hancur. Masukkan perencah masakan Hilal, garam dan lada sulah, kacau-kacau.
Masukkan sayur-sayur dan air sikit je untuk lembutkan sayur. Boleh kecilkan api dan tutup sekejap.
Tabur bawang putih rangup. Dah siap.

Masak Sendiri Bihun Sup ala Pama


Bihun PAMA memang sedap. Tapi sekarang harganya pun dah agak kayangan.

Jadi Sis cubalah buat sendiri je, bolehlah dapat ala-ala rasanya.





Cara Masak Bihun Sup ala PAMA

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih. Bawang putih lebih sikit baru sedap. Tumis sampai hampir garing tapi jangan hangit.
2. Masukkan air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Tambah garam, lada sulah, serbuk cendawan (kalau ada), ganti dengan kiub pati ayam pun boleh.
3. Masukkan bihun. Masak sampai bihun lembut.
4. Siap.


Nota:

1. Sis tambah ayam (protein) dan sayur-sayur untuk lebih khasiat. Tumis ayam lepas bawang putih.
2. Boleh tabur chilli flakes kalau nak lebih pedas.
3. Lebih bawang putih, lada sulah lagi sedap.

Selamat mencuba!




Jul 10, 2023

Resipi Lempeng Sayur Tanpa Gluten dan Tempe Goreng Rangup


Resipi Lempeng Sayur Tanpa Gluten

Bahan-bahan:

Tepung beras
Tepung jagung (sikit je)
Telur
Daun kucai
Bawang besar
Garam
Lada sulah
Air

Cara masak:

Gaul kedua-dua tepung. Sukatan tu agak-agaklah 1 cawan ke 2 cawan ke, yang pasti tepung jagung guna beberapa sudu besar je.

Masukkan daun kucai, bawang besar dihiris, garam, lada sulah. Gaul rata.

Masukkan telur. Masukkan air sikit-sikit. Kacau sebati.

Jangan pekat sangat, jangan cair sangat.

Masak atas pan tanpa lekat. Nak letak minyak sikit pun boleh.


Lempeng sayur cecah sambal hijau, ngam juga. Tak payah susah-susah buat sambal dah.





Guna je Sambal Hijau Minang ni. Cecah dengan tempe goreng pun sedap!



Cara nak buat tempe goreng rangup macam ni:

Gaul tempe dengan tepung jagung, garam, serbuk kunyit, lada sulah. Masukkan air 1-2 sudu asal tepung bersalut tempe je.

Goreng dalam minyak panas, dah kuning garing tu boleh angkat.

Makan panas-panas memang sedap. Ratah je.



Nak beli Sambal Hijau Minang atau apa-apa sambal lain, boleh KLIK SINI.

Resipi Pindang Ikan Mudah, Makan dengan Ulam dan Sambal Penyet

Siapa suka ikan masak pindang?

Kalau yang nak diet tu, memang ngam sangatlah makan pindang. Nak masak pun senang.

Kalau cara sis, macam ni.

Resipi Pindang Ikan

Bahan-bahan:

Ikan (apa-apa pun boleh) tapi biasanya yang keping macam tenggiri
Bawang merah/bawang besar*
Belacan*
Cili merah*
Cili padi (kalau nak pedas)*
Kunyit hidup*
(Serbuk kunyit kalau takde kunyit hidup)
Daun kesum
Asam keping (lebih sikit baru sedap)
Tomato
Serai diketuk
Sayur (terung/bendi)
Garam
Perasa/Gula

Bahan * ditumbuk halus, kalau nak blend kasar pun boleh je, mana yang sempatlah.


Cara masak:

Masuk air dalam periuk. Humban semua bahan tumbuk, serai, asam keping. Biarkan mendidih.

Masukkan garam, perasa semua.

Masukkan ikan, sayur-sayur, tomato, daun kesum.

Siap!


Makan pulak dengan ulam dan sambal penyet. Fuhhhhh terus cancel diet. Kahkah

Korang kalau nak beli Sambal Penyet, boleh KLIK SINI ye.

Sambal Penyet pedas berapi, berpeluh sakan, baru puas hati makan!



Sambal Pek Mini Sambaleena, Mudah Bawa Travel dan Ke Pejabat



Korang yang suka nak bawa sambal ke mana-mana, nak makan kat ofis ke, bawa travel ke, paling elok lah standby sambal dalam pek mini ni.


Sambaleena ada buat sambal pek kecik-kecik macam ni, ada 4 jenis so korang boleh tukar-tukar selera setiap hari.

1 pek mini boleh makan 1-2 orang, ibarat sekali buka je habis, senang.

Tak payah nak risau nak simpan-simpan kalau tak habis, melainkan ada peti ais.

Lagi satu, lebih hygenic, bersih dan selamat.

Korang nak beli satu-satu jenis boleh, nak beli semua 4 jenis dalam satu pek besar pun boleh. Tong-tonglah dengan kawan-kawan. Hehe

Nak beli sambal peket ni, boleh klik ni >> PESAN SINI << ye.
 


Langkah Demi Langkah: Nasi Goreng Sambal Ketuk


Ada nasi sejuk lebih, jom le buat nasi goreng.

Nasi goreng ekspres tapi sedap.

Nasi Goreng Sambal Ketuk

1. Gaul nasi sejuk dengan sambal ketuk (beberapa sudu) dan ikan goreng.



2. Ni ha, sis guna Sambal Ketuk Sambaleena Pek Mini je. Boleh letak sambal berapa banyak yang suka. Kalau nasi banyak, humban ajelah semua sambal baru sedap.


3. Dalam kuali, panaskan minyak, pecahkan telur. Kacau-kacau jap. Masukkan kacang buncis potong-potong. Goreng kejap.


4. Masukkan nasi sejuk yang dah digaul tadi. Kacau rata-rata. 


5. Tak payah dah tambah garam ke perasa apa ke. Dalam sambal dah secukup rasa dah. Dah sebati, tutup api. Kalau suka, tabur bawang goreng, daun bawang je dah cukup.


Dah siap. Boleh buat sarapan :)









Menu Daging Korban: Sup Tulang


Daging korban kalau dibuat sup, memang terpaling winlah.

Segar baru lepas sembelih, semua jus daging dan tulang tu mak aiii sedapnya. Nikmat betul!

Biasanya hidangan sup paling popular dimasak sejurus selepas lembu dikorbankan, sebab mudah dan lebih cepat diagihkan dan cepat juga dapat makan!

Antara petua nak sup tulang yang sedap, menurut selera Sis:

1. Rebus tulang kosong dulu. Dah menggelegak tu, buang buih-buih kelabu/hitam yang terapung. Buih-buih ni, menurut bapak mentua Sis, nanti bagi sup jadi pahit tak sedap.



2. Lepas tu baru boleh masukkan bahan-bahan lain. Bawang putih dan halia kisar, bunjut sup tulang, batang saderi.

3. Masukkan air asam jawa sikit, perencah sup sikit (kalau suka sup jernih, tak perlu perencah).

4. Perasakanlah garam, lada sulah semua.

5. Tabur bawang goreng (paling sedap kalau bawang ditumis darat). Tutup periuk sekejap sebelum dihidang.




Nota:

Nak lagi cepat masak (ini kalau di rumah), boleh guna periuk tekanan/pressure cooker. Memang jimat banyak masa.

Nak sup tahan lama, tak perlu tambah ubi kentang atau carrot. 

Boleh tambah kiub pati lembu untuk lebih rasa, kalau perlu.




Menu Daging Korban: Daging, Paru, Hati, Limpa Masak Gulai Padang/Minang


Rezeki korban, jiran masak gulai minang atau gulai padang dan hantar sikit pada Sis.

Bahagian daging yang digunakan, daging pejal, paru, hati dan limpa.

Jaranglah Sis makan organ dalaman masak berkuah gulai macam ni. Kalau ke restoran minang pun, tak pernah pulak nampak menu ni. Kira rare lah. 

Sis tak pernah masak gulai minang. Tapi Sis memang suka makan. Hehe


Ini Sis kongsi link video cara nak masak gulai paru cara minang, dengan daun pucuk ubi. 

Resipi asli kot ni daripada Indonesia. Bolehlah cuba.


Cara Masak Rendang Telur dan Tempe Guna Pes Rendang Adabi, Tak Payah Kisar Bahan


Pernah tak makan rendang telur atau rendang tempe?

Jarang dengar kan?

Tapi, bila dah siap tu sedap jugaaaa





Sis cuba masak sebab nak makan rendang, tapi taknak makan rendang daging atau ayam. Jadi hasben cadangkan guna telur rebus. Sis sengaja tambah tempe bagi nampak banyak hehe

Nak senang dan cepat, yang pasti sedap, Sis guna pes Perencah Rendang Adabi je.

Setakat ni, kalau nak buat rendang, memang Sis akan cari pes Adabi ni. Sebab dah tak payah tambah banyak bahan lain dah. Ada lagi brand lain, jenis serbuk rempah tapi Sis tak pernah cuba. 


Gambar: Website Adabi

Nak masak hari tu, merata cari. Kat pasar takde. Nasib baik jumpa kat Marjan Halal Mart. Sis ambik terus 2 peket dengan gumbiraaaaa

Ini penerangan pes rendang yang Sis ambil daripada web Adabi:

Perencah Rendang Adabi adalah produk yang mempunyai rasa keenakan masakan Rendang tradisi dengan aroma rempah yang wangi. 

Sesuai dimasak dengan ayam, daging atau kambing. 

120g sesuai dimasak dengan 300g daging. 

Tip: Sebagai penambah rasa sajian ini, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

Hanya sediakan bahan protein (lauk), santan, daun kunyit dan daun limau purut saja. Perasa-perasa lain pada Sis dah okey, kalau ikut sukatannya. Tapi terpulanglah selera masing-masing.


Resipi Rendang Telur dan Tempe

Bahan-bahan:

Telur, direbus dan dikupas kulit
Tempe, digoreng separuh masak 
Pes Perencah Rendang Adabi, 1 peket
Santan, 4 cawan
Daun limau purut, disiat-siat
Daun kunyit, dihiris 

Cara masak:

1. Masukkan pes rendang dan santan dalam periuk. Kacau sebati. Buka api sederhana. Tambah air kalau perlu.

2. Masak sampai pecah minyak. Masukkan telur rebus, tempe, daun limau dan daun kunyit. Gaul rata.

3. Sedia dihidang.


Kalau ikut arahan pada peket tu, insya-Allah menjadi dan sedap. Pastikan api sederhana-kecil sahaja. Kacau selalu.

Selamat mencuba!

Mi Suah Sup Ikan Bilis, Tambah Selera Ketika Kurang Sihat

Kalau tak sihat, Sis suka hirup sup-sup je.

Sup sayur ke, sup ayam ke, bihun sup ke. Panas-panas tu rasa lega.

Nak makan, kurang selera. Tambah tenaga dengan hirup sup tu jelah.

Mi suah ni salah satu menu yang Sis suka sebab cepat nak disediakan.


Masa anak kecik dulu, mi suah selalu standby kat rumah. Mudah nak masak bila anak lapar.

Ini resipi paling mudah yang gunakan bahan-bahan yang memang biasanya ada kat rumah kita je.


Resipi Mi Suah Sup Ikan Bilis

Bahan-bahan:

Mi suah, 1-2 peket, dibilas sekejap
Bawang putih, hiris
Bawang merah, hiris
Ikan bilis, dicuci dan tos
Lada sulah
Garam secubit
Bawang goreng

Cara masak:

1. Panaskan minyak sikit, goreng ikan bilis sekejap. Dah garing sikit tu, masukkan bawang-bawang. 
2. Masukkan air ikut banyak mana kuah yang kita nak.
3. Dah mendidih, masukkan garam dan lada sulah. Kemudian mi suah. Kacau kacau sekejap, tutup api.
4. Dah siap, tabur bawang goreng.

Nota:

1. Kalau nak tambah telur, boleh masukkan sebelum dimasukkan mi suah.
2. Kalau ikan bilis dah cukup masin, tak perlu dah tambah garam.
3. Nak lebih khasiat, boleh tambah carrot, sawi atau tauge.
4. Lepas masukkan mi suah, kacau-kacau manja je terus tutup api dan lebih baik terus dimakan. Kalau lambat nanti mi suah kembang dan tak sedap.

Senang Je Masak Ayam Sambal Bali Guna Pes Awang Brand


Sis suka juga sambal bali tapi selalu malas nak masak.

Jadi hari tu ternampak kat Giant Mini, terus ambik 1 peket Pes Perencah Ayam Sambal Bali keluaran Awang Brand.





Sis masak je ikut arahan pada peket. Okey, boleh tahan juga rasanya.


Resipi Ayam Sambal Bali




Bahan-bahan:

Ayam, 1/2 ekor
Perencah Ayam Bali Awang Brand, 1 peket
Serbuk kunyit
Garam
Serai
Daun limau purut
Daun kari
Garam, gula secukup rasa

Cara masak:

1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng separuh masak.
2. Guna sikit minyak gorengan tadi, tumiskan pes perencah sampai harum. Masukkan daun kari dan serai, sedikit air.
3. Masukkan ayam, garam, gula, daun limau purut.
4. Sedia dihidang.

Resipi Daging Korban: Daging Goreng Jintan Manis


RESIPI DAGING GORENG JINTAN MANIS

Bahan-bahan:

Daging, 1 kg, hiris nipis
Hati dan limpa lembu, 1 mangkuk kecil
Serbuk kunyit, 2 sudu besar
Serbuk jintan manis, 1 sudu besar
Jintan manis biji, 1 sudu teh, ditumbuk kasar
Tepung jagung, 1/2 sudu besar
Bawang besar, hiris bulat
Bawang putih, 3 ulas, cencang halus
Cili padi, 5-7 biji
Daun bawang
Garam, secukup rasa

Cara masak:

1. Rebus hati dan limpa separuh masak. Angkat, tos dan hiris kecil.

2. Gaul daging, hati dan limpa dengan serbuk kunyit, garam, jintan manis, serbuk jintan manis, tepung jagung rata-rata. Perap sebentar. 

3. Panaskan minyak, tumis bawang putih.

4. Masukkan daging perap dan goreng hingga empuk. 

5. Masukkan bawang besar, cili padi. Gaul rata.


Nota masak:

*nak goreng ni, minyak kena lebih sikit. boleh buang lebihan minyak lepas dah masak.

*kalau dah hampir kering tapi daging masih liat/kurang empuk, boleh tambah air panas suku cawan atau mengikut kesesuaian.










Lebihan daging goreng, gaulkan dengan nasi sejuk. 

Pecahkan telur sebiji, kacau-kacau, masukkan nasi tadi.

Jadilah nasi goreng daging!